DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Monday, September 7

since org itu dah menuntut janji ku

hari ni penat sangat
ada aktiviti masak memasak
di rumah
untuk di bawa ke masjid
masa berbuka maghrib tadi
Alhamdulillah, semua berjalan lancar...

dalam entry kali lepas
bertarikh august 11
ain ada post kan satu entry
gambar seorang anak kecil
pakai topi graduation
dalam entry tu
ain nyata kan
akan post satu entry
tentang anak kecil itu
yang sekarang ini
bukan lagi anak kecil
hahaha...

apa ya ain nak cerita
tentang kamu dekat sini?

owh...pengenalan
buat sesiapa yang masih single
dan kepingin cowok ganteng
insan ini di beri nama
muhamad irizul syah bin idris
semenjak dua menjak ni
nama jolokan nya mawi
tak tahu la, dekat mana
yang resemble mawi tu
pelik jugak ain =p


ini lah dia, watak utama bakal mengganti p ramlee dalam cerita ibu mertuaku

orang ini
muda setahun dari ain
"budak lompat" si katak lompat
masa sek ren
owh, cikgu zuraini
selalu panggil kamu
"budak genius"
tarikh lahir?
sama dengan sahabat akrab ain
yang sekarang berada di bangalore, india
23 feb, 1988

semenjak datang ke manipal
sudah jarang sangat berborak
dengan sahabat ain ni
busy mungkin...sombong mungkin
yang sombong itu, bukan ain ^_^

lately ni,
sahabat ain ni
suka tanya...
"agak-agak, kalau ex-classmate kita jumpa,
boleh kenal saya lagi tak"
ketahui lah encik ejoy
(nama jolokan ustaz yusoff bagi)
anda itu masih tak berubah
cuma snoopy specs anda saja
yang dah berubah sekarang
sila anda sebagai pembaca
menjadi hakim pada perubahan wajah nya
sila klik di sini untuk entry lepas

tentang sahabat ini
umur walaupun muda setahun
tapi berfikiran matang
jarang memandang rendah orang lain
cuma pada satu ketika dan waktu
terpaksa juga pandang rendah pada orang lain
sebab ejoy ni agak tinggi la jugak

sesuatu yang buat ain
tabik spring dengan si ejoy ni
masa sekolah rendah dulu
dia ni ada asma
ain ingat lagi
satu ketika dulu
dia lah si pengutip
bola kriket kancil terhormat
masa ada perlawanan
kriket kancil di sek

ain yang sememang nya jahat ini
galak menggelak kan si ejoy ni
sebab hampir semua pelajar lelaki
kelas ain masa tu main kriket kancil
dia antara yang tak berpeluang
nak join sama masuk pertandingan itu
masih ain ingat
gaya anak-anak dia mengutip bola
huhuhu...jangan marah ya
memang entry ini di post
untuk membuat kan
anda marah sebenar nya =p

jadi...apa yang tabik spring nya?
hahahaha...
masa di STAR,
si ejoy ni join kriket
dan berjaya sampai ke peringkat negeri
mantap bukan?
jadi...
pengajaran di sini...
jangan sekali-kali
gelakkan sahabat anda
tapi ejoy...harus lah anda tahu
ain tak ada memory kejayaan anda
sebab ain tak melihat nya
jadi selama- lama nya anda
hanya si pengutip bola kriket
di mata dan otak ain ni ^_^
anda marah???

masa sek ren dulu
ain ingat kan
kamu memang akan
tetap menjadi nerd
sampai lah ke umur 22
tetapi sekali lagi
sangkaan itu meleset
anda berjaya merubah wajah anda
kepada seseorang yang bukan nerd
terkejut juga...haha
masih ain ingat statement cikgu zuraini
tentang anda yang memang suka
membaca buku walau ke mana saja
sungguh nerd anda masa tu

sangat gila-gila
tapi dia bukan gila
suka berlagak dengan ain
tapi hanya lagak saja
sebab ain tak pernah kesah
sebab lagak mu
berjaya diri ini tumpas kan
hahaha

ada sesuatu
yang masih tak berubah
tentang si ejoy ni
dari anak kecil
sampai la sekarang
susah nak di terang kan
mungkin ini lah
yang dia pernah katakan...
"old habits die hard"
ye, kamu tahu apa gerangan nya ejoy

si ejoy ni
selalu menjadi
ahli lelaki tunggal
dalam setiap kuiz
yang pernah ain sertai
masa sek ren...
contoh nya,
kuiz kesihatan
kuiz anti dadah
dan alhamdulillah
bersama dengan cik roberto carlos
dan cik zaima
kami berjaya
mendapat tempat pertama peringkat daerah
alhamdulillah

masa darjah 6
si ejoy ini lah
partner ain menghafal
juzu' amma
untuk pertandingan
hafazan peringkat daerah
walaupun ain tersungkur pada pusingan awal
ejoy berjaya mendapat kan
tempat ke 2 yang menurut beliau
bukan ke 2 tapi ke 3
untuk peringkat negeri perak

sesuatu...
kamu masih ada lagi tak
buku wind orchestra
yang kamu bagi ain
masa ain form 2?
kamu sungguh berbangga diri masa tu
sempena sekolah mu
menjadi tuan rumah untuk acara itu
menyampah diri ku
hahahaha ^_^

ejoy ini
orang nya unpredictable
tapi lewat akhir ini
andai menjadi
seorang yang predictable
mungkin
lewat usai ini
anda memang dah
banyak berubah
bak kata anda dahulu
manusia berubah...

si pemilik lesung pipit ini
masa sek ren dulu
sering di buli
oleh ketua pengawas sek ren
encik tengku zulhelmi
dan firasat ain mengatakan
ini lah musuh nya sejak azali
benar kah?
dan ain selaku pen ketua pengawas
malas untuk ambil pusing
urusan kalian berdua

dan menurut katanya
ain ini garang sedikit
masa sek ren...
kamu nak cover ke?
setahu ain,
ain garang menyinga
hahaha...

seorang yang luaran nya
nampak pasif dan lembut
tapi sangat agresif dan lantang
lantang nya lantang melayu
bukan lantang melulu
orang sonanti - seri menanti
jangan anda menjadi sang penanti
sudah la ye ejoy...hahaha

tulisan nya buruk
sampai ain form 5
ain masih gagal mengatakan
tulisan anda cantik
atau sekurang-kurang nya
sedap mata memandang
dari jauh,
melihat kan tulisan di sampul depan
sudah dapat ain teka
siapa pemilik nya

cita-cita nya
akhir-akhir ini
adalah
"majulah sukan untuk negara"
hebat kamu ya sekarang
beraksi di padang
siap mahu mencabar
bekas olahragawati sek ren
siap kamu ye ejoy
ku sahut baik cabaran anda
sepenuh hati...
sebelum pulang ke malaysia
akan ku praktis habis-habisan

walau apa pun
cowok ini
hati nya sudah termiliki
jangan risau
bukan pada ain zawawi
itu sudah pasti
(sori irizul, diri ku menjatuh kan saham mu lagi)
mana mungkin ini terjadi
sebab tengku zulhelmi
pasti akan ketawa besar nanti
musuh tradisi kami
sejak azali lagi
sekian, terima kasih

p/s- hahaha...sori irizul, cant help it...memang rasa nak membedal kamu dari awal lagi =p

terima kasih ya
menjadi teman sepermainan
teman seperjuangan
zaman berzaman
sahabat baik walaupun
mulut ain sangat jahat dengan kamu
tak tahu kenapa
suka membuli kamu
mungkin sebab kamu '88 =p

Sunday, September 6

cerita satu pagi...

kredit di beri kepada cik biyat
kerana telah memberi kan link
cute emoticon pada ain
sebentar tadi


cerita bermula...

http://emo.huhiho.com

satu pagi...
cik noen bangun pagi
dalam pukul 5 pagi
untuk bersahur
dengan family tercintun

http://emo.huhiho.com

senaman mulut
seawal jam 5 bermula
pagi tadi bersahur
nasi goreng
ada tempe
enak-enak

http://emo.huhiho.com

seperti anak kecil
dengan bangga nya
cik noen
telah mengutip tempe-tempe
dalam nasi goreng...
dekat rumah
penggemar tempe tak ramai
jadi
usaha mengutip tu
di buat dengan perasaan
tak bersalah

http://emo.huhiho.com

dengan hati girang
berbaur riang
perut penuh
1/3 makanan,
1/3 air
dan 1/3 tempe...
tiada kekosongan untuk udara
azan subuh berkumandang
rehat sebentar dan solat subuh...

http://emo.huhiho.com

selesai solat
naik tangga
target utama
bilik epa...
pasang lampu
kemudian...
menuju ke PC nya
gagaga...
buka facebook dan blogspot

http://emo.huhiho.com

tiba-tiba
dalam asyik di hadapan PC
muka berubah warna
ada ombak besar dalam GIT
ke kiri...ke kanan
melayang-layang

http://emo.huhiho.com

tarian jemari
semakin perlahan
ada ombak besar
di dalam perut
ombak yang bakal
menghayut kan
rezeki di pagi hari
ke tepian...

http://emo.huhiho.com

http://emo.huhiho.com

cik noen berlari
ke bilik mak dan abah
mahu minta balm panas
dan tiba-tiba
belum sempat meminta...

http://emo.huhiho.com

rezeki awal pagi
di humban ke dalam
jurang yang dalam...
(tak perlu lah di sebut di sini)

http://emo.huhiho.com
http://emo.huhiho.com

terkulai layu
cik noen sepanjang hari
mahu buka puasa
rasa nya seperti tiada alasan
lantaran memikir kan
masih ada insan yang
tak berpeluang bersahur

http://emo.huhiho.com

di kuat kan semangat
menerus kan ibadah puasa
dan...

http://emo.huhiho.com
http://emo.huhiho.com

ALHAMDULILLAH...
Allah permudah kan
sehingga ke waktu berbuka
masih bertahan
terima kasih YA ALLAH
memberi kan
diri ini sebuah kekuatan
SYUKUR...^_^


owh...
lupa hendak beritahu
di syaki...
tempe lah dalang nya
pada kejadian itu
di syaki
tempe telah rosak
kerana yang tak berkesempatan
untuk makan tempe
sihat wal-afiat
pengajaran buat diri ku
"tidak di benar kan tamak haloba"

Saturday, September 5

seseorang berkata ^_^


in searching for some sparks within myself and my life^_^

2 bulan lepas...
ada sesuatu jadi dekat ain
buntu...bingung...hilang punca
bak kata orang
sangat-sangat la confused

apa yang jadi?
tak payah la ain nak cerita
biar kan ia rahsia

tapi apa yang ain nak cerita
adalah sudut pandangan
seorang sahabat
yang bagi ain buat ain sedar...
paling tidak
buat ain berfikir

satu hari, ain message sahabat ni
mengadu la perkara
yang dah jadi dekat ain
tak tahu nak tanya siapa
memang berharap
sahabat ini
akan bagi jawapan terbaik

sesuatu yang ain tak pernah
terfikir dan terlintas
dia describe ain
sebagai orang yang sangat predictable

ain ditegur
sebagai sahabat
sila jangan meng exposed kan
diri anda
terutama sekali di facebook

terkesima
setahu ain
ain mana ada
buat apa-apa dekat facebook

sahabat ain kata
sedikit sebanyak
dari cara ain ada kan conversation
dengan orang lain
membuat kan
ain hilang 'mystery'
wow...
daku terkesima dengan ayat ikhlas mu

sampai sekarang
ain masih terfikir
macam mana nak kurang kan
diri yang telah ter expose

kata nya lagi
kuiz-kuiz yang disedia kan
dekat facebook
walaupun hanya sekadar main-main
terutama dalam men describe orang
ada banyak betul nya
secara kebetulan
jadi ain di tegur lagi
untuk mengurang kan
menjawab soalan-soalan kuiz
yang meng exposed kan diri

ain ini sangat senang di telah ke?
mungkin
dan mungkin kerana itu
sesuatu berlaku
walau apa pun
terima kasih kawan
mengingat kan ain tentang sesuatu
yang tak pernah ain terfikir

kata nya lagi
apa lagi yang hendak dilihat
pada seorang perempuan
jika diri nya hilang 'mystery'
wow...
dan daku terkesima buat ke berapa kali nya
huhu...~

masa mula-mula
ain masih terpinga-pinga
dengan message yang hendak
sahabat ain sampai kan
bila ain duduk senyap
berfikir dan berfikir
mungkin
apa yang hendak di katakan
selain pakaian yang menutup aurat
selain helaian kain yang buat kan
perempuan itu sangat mystery
si sebalik kain yang membaluti nya
sifat nya juga
serta akhlak nya juga
di gabung kan sekali dengan tingkah nya
perlu terlindung dan terjaga
bukan menjadi tatapan umum
yang sekarang ini
sering berlaku
di facebook dan friendster
tapi...
di blog pun...???

perempuan mystery itu
menarik kah???
wallahu 'alam

andai ain beritahu
siapa yang berkata ini
anda pasti terkesima
dia sangat mystery
hahaha ^_^

when something lose its mystery...it would become misery

there's gotta be more to life ^_^



I've got it all, but I feel so deprived

I go up, I come down and I'm emptier inside
Tell me what is this thing that I feel like I'm missing
And why can't I let it go

There's gotta be more to life...
Than chasing down every temporary high to satisfy me
Cause the more that I'm...
Tripping out thinking there must be more to life
Well it's life, but I'm sure... there's gotta be more
Than wanting more

I've got the time and I'm wasting it slowly
Here in this moment I'm half way out the door
Onto the next thing,
I'm searching for something that's missing


i'm wanting more
I'm always waiting on something other than this
Why am I feelin' like there's something I missed.....





something about this song
relate to me myself
make me think
over and over again
well...
"Onto the next thing,
I'm searching for
something that's missing ^_^"

DIA kembali ^_^


dah lama ain tak update blog
bukan malas
tapi bagi laluan
pada epa
yang dah pun pulang ke indonesia
pagi ni...^_^
(lagi pun PC ni PC epa...huhu)

apa yang menarik bulan sept ni?
bulan ni
bagi ain
bulan orang istimewa
2/9 hari kak nazue
5/9 hari lidya
16/9 hari ayop
ketiga-tiga orang ni
orang terpenting dalam hidup ain ^_^

jadi kelmarin lidya ajak keluar
berbuka puasa di kedai
pada awal nya memang rancang begitu
tapi bila tengok balik kalendar
owh...birthday lidya

jadi rancangan makan di luar
dibatalkan
terus tukar jadi
aktiviti masak memasak untuk cik lidya
hehe...^_^

saja semalam bagitahu lidya
hendak batalkan berbuka puasa diluar
lepas tu ajak makan di rumah
masa tu memang dah siap masak

masak apa ya?
seingat ain
lidya macam ain juga
tak berbuka dengan makanan berat
kalau berbuka dengan makanan berat
alamat nya...
tarawikh dalam alam mimpi la jawab nya

jadi semalam masak spaghetti
kelakar sikit tentang spaghetti ni
sebab kan dah lama tak masak
ain jadi kelam kabut
hasil nya...spaghetti ain tawar!!!

kecoh jugak masa berbuka
kelakar pun ada
ingat kan nak buat surprised
akhir nya ain yang surprised
dgn rasa spaghetti
yang entah apa-apa
sori ye lidya
biasa la, di kala puasa
letak garam pun jadi takut
hehe...

lepas berbuka...
solat maghrib
terus ke masjid dengan mak dan lidya
abah lambat sikit semalam
seronok sangat masa tu
dah lama benar
tak solat sebelah kawan baik ain ni

tiba-tiba
teringat balik kenangan masa sek agama
satu satu terbayang di mata
kami berdua ni...
agak nakal masa sek agama

masa berbuka
mak buka cerita depan kak nazue
perihal kami berdua
selalu ke sekolah agama ain naik basikal
mak ain sangat protective
mak kalau boleh
nak ambil hantar ain ke sekolah agama
masa darjah 1-3 memang macam tu
naik darjah 4,
lepas di cop anak manja
ain terus cakap dengan mak
nak naik basikal...

jadi nak naik basikal ni
mak tak kan benarkan
kalau tak ada kawan nak bersaing
ke sekolah agama sama-sama
jadi ain pun cari lah lidya
sebab lidya pun masa tu
memang nak naik basikal

mak akan jalan kaki
sambil ain usung basikal
sampai la dekat satu simpang
sampai jumpa dengan lidya
selagi lidya tak datang
mak takkan balik rumah
itulah...kasih sayang seorang ibu ^_^

berbalik kepada berbuka puasa
mak cerita dekat kak nazue
"lidya ni la...kawan noen,
masa naik basikal dekat sekolah agama...
dah nampak lidya...
mak ni noen dah tak nampak dah"

ain sengih je la
dengar mak cerita
lidya dah gelak dekat sebelah
malu la pula masa tu
mak ni...hehehe...

kami nakal masa sek agama
teringat
ada seklai tu masa nak balik rumah
tiba-tiba rasa nak me'racing' dengan lidya
mak dah pesan...
bawa basikal jangan laju-laju
ni la nama nya anak degil
akibatnya
ain jatuh dari basikal
dekat satu selekoh
dek kerana pasir
ke...dek kerana tak dengar cakap mak?
entah lah...haha...
tapi yang pasti
masa tu rasa nak menangis
tapi bila terlihat kan
muka lidya yang sangat kalut
terus gelak tak henti-henti
kamu tahu lidya...
muka kamu sangat kelakar masa tu
hilang rasa sakit
natijah nya
kain sekolah agama ain
koyak tergeser jalan
owh lupa pula
kami antara pelajar
yang malas nak pakai kain hijau
masa tu
dah banyak kali kena denda
baru nak pakai kain hijau
hahaha~

jadi semalam solat sebelah lidya
tak sangka pula
semalam ustaz fuad jadi imam
dalam hening malam ramadhan
dengan suara ustaz yang mendayu
rasa hati sayu
rasa bersyukur
rasa gembira
pertama kali
rasa setiap bacaan ustaz menusuk
rasa tarawikh sangat bermakna
bila ada sahabat baik di sebelah
bila ada ustaz yang sangat kenal
masa sek kebangsaan menjadi imam

tiba-tiba ain rasa
seperti baru semalam
meninggalkan sekolah rendah
baru semalam solat asar sama-sama
dengan lidya di sekolah agama
rasa baru semalam belajar alif ba ta
rasa seperti anak kecil
dalam masjid itu

mungkin ini lah malam ramadhan
yang dah lama ain tak rasa
malam ramadhan yang bahagia
dengan sahabat baik
sejak dari usia 9 tahun

tak sangka dah 13 tahun
kenal dengan lidya
orang nya sangat jujur
sangat kelakar
sangat penyabar
tapi garang
sangat manja tapi keras
sangat fragile tapi tabah

ada satu rahsia
yang ain tak pernah beritahu lidya
hari arwah mama lidya meninggal
masa tu ain dekat TKC
lidya di SMKASAS...
minggu itu
ain mimpi lidya menangis
tak lama lepas tu
lidya hantar surat
ke TKC
beritahu arwah mama lidya
dah pulang ke rahmatullah
dan sampai ke hari ni
ain tak pernah tanya lidya
sebab musabab mama lidya
pulang ke rahmatullah
takut kah?
mungkin...

buat lidya yang sekarang di klang
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN
moga Allah melindungi anda
dan merahmati anda
dan moga
ukhwah ini
berkekalan ^_^