DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Thursday, April 30

Gokula Owh Gokula

alhamdulillah
sampai juga bangalore
cuak juga masa naik bas
mana tak
bahagian kerusi belakang ramai lelaki
gelap pula tu
masalah utama saya...NYCTOPHOBIA

nasib ada cik langau dekat sebelah
kurang sikit ketakutan
sebab kan takut gelap
tingkap bas di buka
nampak la sikit cahaya luar

seronok naik bas?
Tuhan saja yang tahu
hajat hati nak naik tidur sleeper tak dapat,
tiket sleeper SOLD OUT
duduk aja lah di kerusi =p


lebih kurang macam ni la bas kami naik semalam

sampai bangalore
kami terlepas perhentian
patut berhenti di Yashwanpun
tapi tadi perhentian mana entah kami berhenti
habis RS 200 kami di tipu
oleh pakcik auto
ces!!!
dah ain tahu,pasti terkena
tak silap tadi, dipusing nya gokula ni dua kali
"pakcik, saya tak mahu makan angin di GOKULA~"

p/s-lain kali naik bas, telinga pasti kan tiada masalah,ok? =p

Wednesday, April 29

ah sudah~


malam ni ain tak ada...
ke bangalore...
jumpa kekasih hati sek men
si khalimah jahiri...
kawan baik bagai adik beradik

mula-mula nonie aka khalimah kata nak datang manipal
sebab kan beberapa masalah
nonie tak jadi datang
memandang kan ain cuti esok, jadi ain ke sana lah malam nie

ke sana dengan si adilah
tak tahu lah
cuti esok sebenar nya sempena "election" aka pilihan raya
takut juga nak jalan-jalan esok
tapi tawakkal saja lah
niat ain baik, mahu ziarah sahabat di bangalore
moga Allah permudah kan urusan
selamat pergi dan selamat pulang

insyaAllah hari jumaat nanti nak ke "wonder la"
taman tema air terkenal di bangalore
tak sabar~

terpegun di facebook


selalu ain bila buat kuiz-kuiz merepek di facebook, selalu ala kadar sahaja.jawab pun main-main, tapi tadi terkedu sekejap dgn kuiz yang satu ni.
antara komen yang ain dapat tadi...
tajuk kuiz ni tadi..."sejauh manakah tahap romantik anda"
sebagai renungan =) ucapan tahniah kepada si pembuat kuiz, dan maaf sebab ain tak jawab dgn jujur,jawab main-main dan ala kadar sahaja =)

Anda manusia normal, mempunyai rasa sayang dan cinta kepada lawan jantina, tapi malangnya cinta anda dibuai nafsu. Romantis anda tiada nilai, sebaliknya ia menjadi bekalan memandu ke jalan menuju neraka. Tapi bacalah apa yang ada di bawah: “Telah ditetapkan atas manusia bagiannya dari zina. Ia pasti mendapatkan hal yang demikian itu. Zinanya mata adalah memandang, zinanya telinga adalah mendengar, zinanya lidah adalah berbicara ,zinanya tangan adalah meraba, zinanya kaki dengan melangkah dan zinanya hati dengan berkeinginan, berangan angan dan membenarkan atau mendustakan kemaluan.” (Riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud dan lain lain) “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al Israa 17:32) ” Katakanlah kepada orang laki laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.. .” (An Nuur 24:30-31) Dari Jarir r.a, ia bertanya kepada Rasulullah saw tentang memandang secara mendadak. Baginda pun menjawab :”Palingkanlah pandanganmu” (HR Muslim dan Tirmidzi) “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, karena yang ketiganya ialah syaitan.” (Riwayat Ahmad)

Monday, April 27




sekadar renungan...
dunia yang penuh kecantikan,
hargai setiap yang kita ada...

a cute version of "unintended-MUSE"




dear friend...
i hope u will watch this and enjoy it...
i reli love it!!! =)