DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Monday, June 22

nilaian dirimu ^_^


halus- halus uraian rambut panjang melebat
cantik di pandang mata tak lekang melihat tepat
kenapa di biar jadi tatapan pada yang terlihat
bukan kah cantik andai yang terlihat kepada dia yang terpahat?

suara lembut manja memikat pada dia yang menyakat
kenapa lembut kan andai nanti padah jua datang tersekat
keras kan suara mu wahai dinda pada dia yang bukan kau pahat
moga diri mu di hargai atas tinggi nya kehormatan mu yang bulat

kanda ku pernah berkata sebagai nasihat berguna
bahawa aku wanita berlegar dengan banyaknya fitnah dunia
kerana cantik nya aku dicipta sebagai hiasan oleh- Nya
yang perlu ku lindungi dari mata si anak lalat di dunia fana

kanda ku dinda masih ingat pesan dari mu tika itu
wanita itu umpama juadah yang terbuka di situ
lalat-lalat adalah mata tuli yang sering singgah melihat
pada juadah dunia yang terbuka dan bukan yang tersekat

kenapa harus ku biar kan diri menjadi juadah yang nanti busuk dilihat
dek kerana tiada tudung yang mengahalang datang nya si busuk lalat?

nilai an harga mu dinda tiada tolok bandingan
bukan wang ringgit menjadi perantaraan
jagalah dirimu dinda moga hidup mu sentiasa menjadi tatapan
pada yang terpahat dan bukan si lalat kebusukan
~hasil nukilan run^nia in wonderland~


sekadar renungan ^_^...

Al-Ahzab
59.Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

4 comments:

shila said...

salam. pandainya ain wat poem.. hmm poem ke? kira poem la kn?? mmg minat ke? hehe.. at last ada juga kak shila tinggalkn jejak kat blog ain ni ek. hee..

Unknown said...

nice one... love the comic strip!! :)

run^nia in wonderland said...

to kak shila:
secara jujur kan,ni actually conversation noin dgn epa masa noin darjah 6.epa masa tu gila2 nak noin pakai tudung
noin x tahu la epa igt lagi ke x.ni masa zaman2 epa sgt aktif dgn ppi semesti...hehe
btw,jgn cerita kat epa.noin bet sure epa dah lupa.

to cik langau:
jst hope mesej ni sampai la...hehe

shila said...

oo.. ntah2 dia ingat lagi. kadang2 kak shila tgk cerita2 wkt kecil dia still ingat lg.. hehe. noin pandaila menulis.. olahan ayat best, ada mesej n x bosan =) dat`s y la kak shila suka baca blog noin. xpe ek? yg mana secret kak shila x gtaw epa.. promise!! =) anwy, gud job gal!!! compilekn, nnt leh publish buku.. =P