DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Monday, September 6

lagu feveret fawwaz dan acu ^_^



balik rumah kali ni
muaz dah boleh bercakap
dah boleh panjat-panjat
dah boleh merajuk-merajuk

balik rumah kali ni
liz damia dah besar
dah pandai bergaya-gaya
dah pandai jadi kakak

balik rumah kali ni
fawwaz dah belajar banyak
dah tahu rajulun itu kaki
dah tahu kira-kira

dan balik rumah kali ni
semua nya tentang mereka
dan raya nanti
tak sabar nak jumpa
syamel, hariz dan danisya
rindu...
rindu mereka sangat-sangat
^_^

Sunday, September 5

going home...alhamdulillah ^_^


alhamdulillah
insyaAllah...
ain akan balik malaysia
for good
bulan feb, 2011

sangat lama di India
sepatut nya kaki ini
dah jejak kan bumi MMMC melaka
6 bulan yang lalu
kita merancang...Allah juga merancang
dan sesungguh nya
Allah lah sebaik-baik perancang

walau pun banyak rintangan
walau pun banyak halangan
walau pun banyak kepahitan
walau pun banyak persimpangan
Alhamdulillah
Allah masih beri kan
hati kecil ini kekuatan
melangkah dan terus melangkah

bila ada sesuatu menimpa diri
kita selalu buat
refleksi diri sendiri
kita buat post mortem
dengan diri kita sendiri

mungkin sebab
sebelum ini
segala gala nya mudah buat ain
buat kan ain lupa bersyukur
dengan nikmat-nikmat Tuhan dah beri

tapi dalam kesamaran
tapi dalam kekalutan
tapi dalam kepayahan
Allah kurniakan ain
dengan ibu bapa pendorong hati
dengan keluarga penguat diri
dengan rakan pemberi motivasi
dengan kenalan pemantul rohani

teringat kata-kata seorang kawan...
bila kita terjatuh dan terjelopok
bukan dari tinggi mana kita jatuh
dan ke tinggi mana kita mampu mendaki
yang jadi kayu ukur
tapi dari sejauh mana kita mampu
bangun dan terus berjalan dan berlari

sebab detik genting
kejatuhan diri
adalah detik di mana
kita mahu bangun dan berdiri

mungkin ada tangan tangan
yang sudi memberi pertolongan
untuk keluar kan kita dari
lubang kecil dan hitam

tapi sejauh mana kita mahu berusaha
untuk mencapai tangan
dan setekad mana kita mahu
keluar kan diri dari lubang tersebut

wahai Allah
terima kasih atas nikmat Mu
^_^