DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Friday, January 7

image from the mirror


image from the mirror...

i can see you,
but i can't touch you
i can smile at you
but i can't understand you

whenever i want to reach you
i'd been reflected
whenever i want to embrace you
i'd felt cold and broken hearted

how i wish you could enter my world
be my shadow...and bring the magic pearl
but i know you are not the survivor
so i left you there and be my reflector

Sunday, January 2

hati




saya adalah hak Allah
saya bukan hak ibu
saya bukan hak ayah
saya bukan hak kakak
saya bukan hak abang

saya adalah hak mutlak
Yang Maha Mencipta kan saya
tak ada seorang pun
yang dapat memiliki saya
melain kan Dia, Al-Khaliq

dan kerana itu
saya juga tak layak
untuk nak jadikan makhluk
sebagai hak kekal saya

kerana hanya Dia
Muqallib Al-Qulub
yang layak
memegang hati
saya...awak...
dan mereka

Saturday, December 25

my sweet escape...


dalam tak sedar
tinggal lagi 57 hari lagi
ain akan meninggal kan
bumi manipal
buat sementara waktu

sedar tak sedar
dah 3 tahun lebih
ain merantau dekat India ni

kalau orang lain
2 tahun setengah
ain 3 tahun setengah dekat sini
kalau anak kecil
ain dah boleh berlari
dan dah boleh nak membina
jambatan dari kiub-kiub lego

banyak sangat kenangan dekat sini
sampai rasa berat hati
nak tinggal kan bumi manipal

macam-macam yang dah terjadi
dan macam-macam yang ain
dapat belajar dekat sini
dan sebab kan itulah
ain menamakan manipal ni
"my sweet escape"

bila datang sini
sebab kan budaya yang berbeza
sebab kan 'value' yang berbeza
sebab kan geografi yang berbeza
secara tak langsung
buat ain lari
dari 'kemajuan' di malaysia

ain rasa bila di manipal
masa sendiri terhenti
terhenti bukan seperti
'katak di bawah tempurung'
tapi terhenti
terhenti dari mengejar sesuatu
terhenti dari mencari sesuatu
terhenti dari nafsu yang membuntu

sepanjang di manipal
di sebab kan masa yang 'terhenti'
di sebab kan dengan masa 'sendiri'
buat ain tumbuh rasa 'self-esteem'

dulu masa baru keluar
dari kepompong sekolah
sebab kan dunia yang baru
impak 'cultural shock' sangat terkesan

mahu cuba sesuatu yang baru
mahu jadi seperti orang baru
mahu ikut jejak kehidupan baru
akibat nya, diri sendiri terkelu

bila ada masa sendiri
fesyen...hiburan...
boleh di katakan
sangat dah ketinggalan
contoh senang
masa raya kali-kali lepas

masa raya 1st year...
malaysia kecoh dengan
fesyen tudung 'shawl'
sekarang...raya baru-baru ni
malaysia kecoh dengan
fesyen tudung 'getah'
memang tiap kali balik raya
rasa tudung yang ain pakai
sangat ketinggalan
sekarang ain dengar
malaysia kecoh
fesyen tudung 'ribbon'

mungkin sebab budaya sini berbeza
mungkin sebab orang sini berbeza
mungkin sebab tarikan di sini berbeza

sebab itulah
walau malaysia sudah 'bergerak'
tapi ain
masih tidak berganjak
lari dari dunia sebenar
mencari yang bernama Dia

tapi yang pasti
bila begitu
ain lebih berfikir
tentang diri sendiri
dan bukan orang lain
dan bukan dunia lain
dan bukan budaya lain

terima kasih Ya Allah

Monday, December 20

saya terfikir...

semalam...
ain tengok satu video
dengan adik busuk
video dari 'Langit Ilahi TV Show'

kata-kata si pengacara
sangat sekejap
tak sampai 5 minit
tapi berkesan dalam hati

baru ada 3 video
tapi dah berjaya
buat ain rasa
nak dengar lagi

video pertama
tentang hati
terkadang...bila orang bagi ceramah
bertubi-tubi dekat kita
terkadang...otak ini susah nak fikir
tapi bila di beri analogi
seperti yang diberi
oleh pengacara tvshow ni
baru nampak
apa yang cuba di maksud kan

analogi yang ringkas
tapi...terkesan dalam hati

ya...kita suka campur adukkan
yang halal dan yang haram
dan natijah nya
manis nya iman dan islam itu
kita tak dapat nak rasai
kemudian kita rasa kecewa

orang kata...
perkara mungkar lagi senang nak buat
berbanding dengan perkara maaruf
tapi sedar tak sebenar nya
yang buat kan ia senang
bila kita yang buat mind set
perkara maaruf itu susah

perkara paling senang
macam kutip sampah
kutip sampah tu senang
tapi kita yang buat kan ia susah
bila kita rasa kan sampah tu kotor dan jijik
tapi sebenar nya...
ada perkara yang lagi jijik dan kotor
dari sampah yang kita nak kutip
cuma kita saja yang tak rasa
perkara itu jijik dan kotor

sebab manusia itu
suka kan perkara yang boleh di nampak
suka kan perkara yang boleh di gapai
suka kan perkara yang dapat di rasa
dan kerana manusia itu...kurang sabar




رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى القَومِ الكَافِرِينَ

“Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa-dosa Kami dan perbuatan Kami Yang melampau Dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami (dalam perjuangan); dan tolonglah Kami mencapai kemenangan terhadap kaum Yang kafir."

surah ali-imran ayat 147

Monday, December 13

dugong...ombak dan saya T_T




semalam...
bersempena dengan kedatangan
sahabat-sahabat dari bangalore
ain ke st mary's island
ke sekian kali nya

bermulalah ekspedisi
6 orang
kanak-kanak ribena
3 dari bangalore
dan 3 dari manipal

cantik kan pulau ni?
subhanallah
pulau ni memang sangat cantik
masa 1st time datang
rasa macam dekat pulau sendiri
pulau ni dekat dengan manipal
untuk nak ke pulau ni
perlulah ke malpe beach dulu
dan kemuadian ambil bot
untuk ke pulau ni

kisah nya semalam
ain main-main
dengan seorang kawan
dari bangalore di celahan batu
lagak kami tak kurang
seperti dugong terdampar
di celahan batu

dengan air yang sangat sejuk
di tambah dengan
angin sepoi bahasa
bisa buat kami lalai di situ

sedang kami seronok-seronok
berlagak seperti dugong terdampar
atas salah satu batu di situ
tiba-tiba kami di pukul
dengan satu ombak besar

dan seketika itu
kami terpukul ke belakang
dan tanpa kami duga
bila ombak surut
kami seolah-olah
disedut oleh ombak ganas tadi

sekelip mata semua tu terjadi
seorang sahabat ain
hampir-hampir di sedut masuk ke laut
mujur Allah gerakkan tindakan refleks
dapat lah sahabat tadi di selamat kan

st mary's island ni
terletak di arabian sea
bak kata orang di sini
kalau ada yang lemas
jarang dapat di temui

Ya Allah
masa tu satu yang ain terfikir
agak nya
macam manalah perasaan
mangsa tsunami
ketika ombak memukul mereka?

dan masa kejadian
ain pun hampir di sedut
sebab batu di situ sangat licin
tapi mujur masa tu
ain pakai seluar jeans
jadi adalah sedikit friction
yang buat kan
ain kurang di sedut
ke dalam air laut

sepanjang di st mary's island
selepas kejadian di sedut
ain terfikir...
kenapa Allah jadi kan laut berombak
sedang kan air sungai
dan air tasik
tak berombak?
pasti ada rahsia
dalam setiap kejadian
yang Allah ciptakan
kerana sesungguhnya
setiap ciptaan Allah itu tak sia-sia


~run^nia in wonderland wondering in the wonderworld~

(p/s-tiba-tiba teringat kata-kata seorang kawan..."life is uncertain, but death is certain")