DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~
Sunday, June 28
pening aku pening...
kamu mencintai Tuhan kerana aku
atau
kamu mencintai aku kerana Tuhan?
kamu mendekati aku
dengan alasan mendekati Tuhan
atau
kamu mendekati Tuhan
dengan alasan mendekati aku?
kamu memilih Tuhan kerana aku
atau
kamu memilih aku kerana Tuhan?
kamu hendak mengenal aku
atau
kamu hendak mengenal Tuhan?
bagaimana hendak kamu mencintai aku
jika kamu tidak mencintai Tuhan?
atau kamu berfikir
dengan kamu mencintai aku
maka kamu akan mencintai Tuhan?
tanpa cinta Tuhan yang menciptakan
cinta aku takkan wujud
tanpa cinta Tuhan yang menciptakan
cinta kamu takkan wujud
cintai lah Tuhan yang satu
Tuhan yang Esa
tiada Tuhan selain Nya
yakni Allah Tuhan yang Maha Mencipta
bulat kan lah hati mu
tetapkan lah niat mu
moga jalan yang satu
menjadi pilihan hati mu ^_^
~hasil nukilan run^nia in wonderland~
Saturday, June 27
tak terluah
hari ni hati rasa sangat sayu
mungkin sebab result block 1 yang teruk
atau mungkin sebab rasa bersalah yang mendalam
atau mungkin juga...
terkesan dari autopsy pagi tadi
tak tahu la
makin meningkat umur
air mata makin cepat mengalir
pagi tadi ke bilik bedah mayat
tengok autopsy atau
lebih dikenali lagi sebagai post mortem
sayu tengok pembedahan tu
lebih sayu
bila kes itu kes road traffic accident
kes head injury
kes yang sama dengan allahyarham pakcik ain
mengingatkan kembali allahyarham pakcik ain
meninggal 3 hari sebelum ain balik ke india
baru-baru ni
ain rasa sangat bersalah
sehingga sekarang perasaan bersalah
masih ada
sebab masa tu
ain ke rumah allahyarham aya cik
ada kenduri
selalu kalau ke rumah
mesti menegur allahyarham
paling kurang tersenyum
tapi hari tu...
seminggu sebelum allahyarham accident
masa kenduri keluarga allahyarham
ain sibuk dgn makcik dan pakcik yang lain
terutama yang sangat jarang ain jumpa
hari tu allahyarham nampak lain
dan hari tu...
hari terakhir ain nampak allahyarham berbual
jarang nampak allahyarham serius
jarang nampak allahyarham tak tersenyum
sayu masa mencium dahi allahyarham
masa di kafan kan kain
ain jarang menangis masa menziarah
tapi hari itu
hati sayu...
kak nazue pun menangis
menangis mungkin kerana
kali pertama berhadapan dengan kematian
membabitkan family
ingat lagi masa tu
kak nazue cerita
kakak sepupu tanya kak nazue
allahyarham ada potensi utk hidup atau tak
dan sangat berat untuk akak nak jawab
bukan kali pertama akak berhadapan dengan patient
yang bakal kehilangan family
tapi kali ini
bila membabitkan ahli keluarga sendiri
mulut sendiri rasa berat
hati sendiri rasa sayu
pengalaman di icu dan di ot setiap hari
yang sering berhadapan dengan kematian
masih tak dapat menutup rasa sayu kak nazue
ain fikir selama ni
kak nazue keras hati
selalu tanya akak
apa perasaan akak bila patient meninggal dunia
akak sering jawab
hidup mati di tangan tuhan
kita sebagai doktor hanya mampu usaha
dan hari tu
sangkaan ain meleset
akak masih ada perasaan
sama seperti ain dan orang lain
maaf akak, kerana punya
tanggapan salah pada akak
abah yang memang rapat dengan allahyarham pun sangat terkesan
ain sangat risau masa tu
abah ain sebenarnya masa tu baru keluar dari ijn
ain risau abah tak dapat terima berita itu
ain risau dengan segala-gala nya
hati ain sangat keras
dan kali itu
pertama kali ain sangat terkesan
sangat terkesan dengan segala-gala nya
dan hari ini
kesan itu berdarah kembali...
dan tadi masa menghadiri muktamar
ain menangis lagi
segala perasaan bercampur
sedih dan kecewa
dicampur juga dengan perasaan bersalah pada DIA...
dan ain hanya mampu berdoa
moga roh Allahyarham tenang di sana
dan ain hanya mampu berdoa
agar perasaan ini
perasaan yang tersimpul dan berkecamuk di hati
sejak malam semalam
Allah rungkai kan dan tenang kan
dan moga niat itu
tidak tercemar dengan noda-noda hitam
Monday, June 22
nilaian dirimu ^_^
halus- halus uraian rambut panjang melebat
cantik di pandang mata tak lekang melihat tepat
kenapa di biar jadi tatapan pada yang terlihat
bukan kah cantik andai yang terlihat kepada dia yang terpahat?
suara lembut manja memikat pada dia yang menyakat
kenapa lembut kan andai nanti padah jua datang tersekat
keras kan suara mu wahai dinda pada dia yang bukan kau pahat
moga diri mu di hargai atas tinggi nya kehormatan mu yang bulat
kanda ku pernah berkata sebagai nasihat berguna
bahawa aku wanita berlegar dengan banyaknya fitnah dunia
kerana cantik nya aku dicipta sebagai hiasan oleh- Nya
yang perlu ku lindungi dari mata si anak lalat di dunia fana
kanda ku dinda masih ingat pesan dari mu tika itu
wanita itu umpama juadah yang terbuka di situ
lalat-lalat adalah mata tuli yang sering singgah melihat
pada juadah dunia yang terbuka dan bukan yang tersekat
kenapa harus ku biar kan diri menjadi juadah yang nanti busuk dilihat
dek kerana tiada tudung yang mengahalang datang nya si busuk lalat?
nilai an harga mu dinda tiada tolok bandingan
bukan wang ringgit menjadi perantaraan
jagalah dirimu dinda moga hidup mu sentiasa menjadi tatapan
pada yang terpahat dan bukan si lalat kebusukan
~hasil nukilan run^nia in wonderland~
sekadar renungan ^_^...
Al-Ahzab
59.Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
berikan aku kekuatan Tuhan
apakah itu cinta?
adakah cinta itu buta?
atau hanya nafsu semata?
tanpa tujuan dan hala ke mana...
Tuhan...
berikan aku kekuatan
mengikis rasa dan perasaan
membuang segala keresahan
melenyap kan segala permasalahan
aku masih mencari
cinta ukhrawi bukan cinta duniawi
sedar kan aku Tuhan akan kewujudan diri
sedar kan aku Tuhan akan peranan diri
agar aku tak lagi hanyut dalam mencari diri
agar aku tak lagi terkapai dalam meniti hari
andai aku dikurniakan cinta mahkluk
tetap kan qalbu ku agar ia masih bersujud
~hasil nukilan run^nia in wonderland~
"Ya Allah...
kurniakan lah aku cinta Mu...
kurniakan lah cinta hamba Mu yang mencintai Mu...
dan kurniakan lah kepada aku
apa sahaja perkara yang mendekat kan cinta aku kepada Mu...
dan moga cinta Mu lebih aku damba kan dari cinta hamba Mu"
maaf, hari ni ain "weng-weng" sikit...
berbaur bosan kah?
berbaur jiwang kah?
hanya Allah sahaja yg tahu
apa yang terbuku
Monday, June 1
semalam
kelakar...
akhir nya jadi juga projek surprise birthday party
mula-mula nak buat hari sabtu
banyak sangat aral melintang
akhir nya buat hari ahad
selamat hari raya...ops hari jadi
semalam dena masak tomyam
big clap to dena...
sedap tomyam ayam dia
habis pun
dan akhirnya siap juga pbl patho ain
petang ni nak kena present
tadi upload gambar semalam
baru upload dah ada yang comment
pantas betul mereka-mereka ni
ahahaha
sabtu ni
perang dengan pen dan kertas akan bermula
moga-moga usaha berbuah dengan kejayaan
amin
doa kan ain ye
^_^
tak tahu nak update apa
bnayak sangat sebenar nya
insyaAllah ada masa
ain update lagi
dedicate utk semua kawan2 mannath house n anje's house
Sedingin embunan dedaun kehijauan
Sesegar ingatan kenangan kisah silam
Kita seiringan bersatu berjuang
Meniti titian persahabatan
Kau hadir bawa cahaya
Terangi hatiku teman
Saling memerlukan
dan mengharapkan
Reff:
Tangis gembira disaat bahagia
Moga kan kekal menuju ke syurga
Kerana tuhan kita itemukan
Andai terpisah itu ketentuan
Sedingin embunan dedaun kehijauan
Sesegar ingatan kenangan kisah silam
Kita seiringan bersatu berjuang
Meniti titian persahabatan
Sengketa dan kesilapan
Itulah fitrahnya insan
Kata dan teguran
Itulah pedoman
Subscribe to:
Posts (Atom)