DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~
Saturday, June 27
tak terluah
hari ni hati rasa sangat sayu
mungkin sebab result block 1 yang teruk
atau mungkin sebab rasa bersalah yang mendalam
atau mungkin juga...
terkesan dari autopsy pagi tadi
tak tahu la
makin meningkat umur
air mata makin cepat mengalir
pagi tadi ke bilik bedah mayat
tengok autopsy atau
lebih dikenali lagi sebagai post mortem
sayu tengok pembedahan tu
lebih sayu
bila kes itu kes road traffic accident
kes head injury
kes yang sama dengan allahyarham pakcik ain
mengingatkan kembali allahyarham pakcik ain
meninggal 3 hari sebelum ain balik ke india
baru-baru ni
ain rasa sangat bersalah
sehingga sekarang perasaan bersalah
masih ada
sebab masa tu
ain ke rumah allahyarham aya cik
ada kenduri
selalu kalau ke rumah
mesti menegur allahyarham
paling kurang tersenyum
tapi hari tu...
seminggu sebelum allahyarham accident
masa kenduri keluarga allahyarham
ain sibuk dgn makcik dan pakcik yang lain
terutama yang sangat jarang ain jumpa
hari tu allahyarham nampak lain
dan hari tu...
hari terakhir ain nampak allahyarham berbual
jarang nampak allahyarham serius
jarang nampak allahyarham tak tersenyum
sayu masa mencium dahi allahyarham
masa di kafan kan kain
ain jarang menangis masa menziarah
tapi hari itu
hati sayu...
kak nazue pun menangis
menangis mungkin kerana
kali pertama berhadapan dengan kematian
membabitkan family
ingat lagi masa tu
kak nazue cerita
kakak sepupu tanya kak nazue
allahyarham ada potensi utk hidup atau tak
dan sangat berat untuk akak nak jawab
bukan kali pertama akak berhadapan dengan patient
yang bakal kehilangan family
tapi kali ini
bila membabitkan ahli keluarga sendiri
mulut sendiri rasa berat
hati sendiri rasa sayu
pengalaman di icu dan di ot setiap hari
yang sering berhadapan dengan kematian
masih tak dapat menutup rasa sayu kak nazue
ain fikir selama ni
kak nazue keras hati
selalu tanya akak
apa perasaan akak bila patient meninggal dunia
akak sering jawab
hidup mati di tangan tuhan
kita sebagai doktor hanya mampu usaha
dan hari tu
sangkaan ain meleset
akak masih ada perasaan
sama seperti ain dan orang lain
maaf akak, kerana punya
tanggapan salah pada akak
abah yang memang rapat dengan allahyarham pun sangat terkesan
ain sangat risau masa tu
abah ain sebenarnya masa tu baru keluar dari ijn
ain risau abah tak dapat terima berita itu
ain risau dengan segala-gala nya
hati ain sangat keras
dan kali itu
pertama kali ain sangat terkesan
sangat terkesan dengan segala-gala nya
dan hari ini
kesan itu berdarah kembali...
dan tadi masa menghadiri muktamar
ain menangis lagi
segala perasaan bercampur
sedih dan kecewa
dicampur juga dengan perasaan bersalah pada DIA...
dan ain hanya mampu berdoa
moga roh Allahyarham tenang di sana
dan ain hanya mampu berdoa
agar perasaan ini
perasaan yang tersimpul dan berkecamuk di hati
sejak malam semalam
Allah rungkai kan dan tenang kan
dan moga niat itu
tidak tercemar dengan noda-noda hitam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment