DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Friday, November 13

hipokrit

something to ponder upon

kita selalu dengar
perkataan hipokrit
tapi kita tahu tak
erti sebenar hipokrit?

hipokrit
menurut kamus dewan
edisi ke 4
bermaksud;
orang yang bermuka-muka
orang yang berpura-pura berperangai baik
dan dalam konteks agama - munafik

mana asal nya datang
perkataan hipokrit?

hipokrit asal dari
perkataan greek
ὑπόκρισις (hypokrisis)
yang bermaksud
"play-acting", "acting out", "coward" or "dissembling"

jadi
bahaya tak sifat ini
dalam masyarakat?

bagi pendapat ain
orang hipokrit
langsung tak
membahaya kan masyarakat
mungkin hanya akan
menyakitkan
hati pihak yang tahu
perangai sebenar si hipokrit

macam mana
yang ain boleh cakap
orang hipokrit
tak membahaya kan?

sebagai contoh
bila seseorang hipokrit
menjadi baik dari luaran
mungkin
bagi pihak yang tidak tahu
gaya hidup sebenar si hipokrit
akan cuba mencontohi
teladan baik
sifat luaran hipokrit

contoh kedua
seorang doktor hipokrit
menasihat kan seorang pesakit
tentang bahaya merokok
sedang kan doktor itu sendiri
turut sama merokok
mungkin nasihat doktor itu
akan mengubah gaya hidup
pesakit itu
tetapi buruk nya
dokotr itu sendiri masih merokok
dan mendekat kan
diri sendiri kepada
bahaya merokok

jadi kesimpulan nya
hipokrit tidak akan
mengancam sesiapa
tapi hanya akan
merosak kan diri sendiri

kerana
lambat laun
orang sekitar akan tahu
sifat hipokrit
seseorang
dan mungkin
kepercayaan
keyakinan
ketulusan
seseorang pada nya
akan hilang begitu sahaja

kenapa anda perlu hipokrit
bukan kah baik
kalau anda terus berubah
seperti yang anda olok kan?

andai anda tak mampu
mengubah diri anda
menjadi baik secara total
ubah lah secara sedikit sedikit
dan pasti kan ia nya
istiqamah

mungkin manusia
akan menyanjung kita
dengan luaran kita
yang hipokrit
tetapi Tuhan
mengetahui
dalaman dan luaran kita
dan menilai kita
dari segala sudut
baik luaran mahupun dalaman

percayalah
hipokrit hanya membahayakan
diri sendiri
dan bukan orang lain

kerana hanya yang ikhlas
dan jujur
akan lebih senang di dekati
dari yang
tidak ikhlas dan berdusta

pokok pangkal nya
dalam setiap tindakan
pasti kan
niat kita
berada dalam
keadaan yang betul

hari ini
mungkin kita
boleh berlakon menjadi baik
tapi sampai bila
lakonan itu akan bertahan?
tepuk dada
dan tanyalah iman kita

~rahsia kecil run^nia in wonderland~

2 comments:

run^nia in wonderland said...

somehow
i lost my trust
to someone
who act hypocritically
in front of me
huhu
dont waste ur time
by being good in front of me
coz now
im totally pissed off

run^nia in wonderland said...

and for u
to label me
to condemn me
and to say such words
in front of me
make me really sick
when i noe
the kind of person
u r
behind those mask