usia bukan penentu deria
deria bukan penentu rasa
rasa bukan penentu kata
kata bukan penentu usia
si kecil merasa
akal nya berkata
tapi kata nya terhenti
kerana lidah masih terkunci
bila meningkat usia
bila lidah mampu berkata
mulut masih tak mampu membuka
di pendam kan dengan penuh rahsia
ada orang berkata
kata nya penuh dengan rasa
ada orang berkata
kata nya penuh dengan kuasa
ada orang berkata
kata nya penuh dengan tipu daya
dan ada juga
yang berkata
kata-kata yang tak terdengar
oleh panca indera manusia
yang zahir itu zahir
yang batin itu batin
tak semua zahir itu batin
tak semua batin itu zahir
No comments:
Post a Comment