DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Saturday, November 20

terima kasih Ya Allah


seperti anak kecil
aku perlukan sebuah kekuatan
dalam meniti hari hadapan

seperti anak kecil
aku masih lagi terduduk
selepas sebuah kejatuhan
memerlukan sebuah semangat
sebelum aku bangun
dan melupakan kesakitan

dan seperti anak kecil
sakit itu tak selamanya di situ
sakit itu tak selamanya membekas menjadi beku

dan masih seperti anak kecil
aku sudah tidak lagi rasa sakit itu
kerana sakit itu
sudah lama berlalu
bersama senyuman hatiku

terima kasih Ya Allah
atas sebuah kekuatan
yang telah Engkau hadiah kan
pada hamba Mu
yang sentiasa memerlukan
bimbingan dari Mu
yang tak terbalaskan

No comments: