dalam tak sedar
tinggal lagi 57 hari lagi
ain akan meninggal kan
bumi manipal
buat sementara waktu
sedar tak sedar
dah 3 tahun lebih
ain merantau dekat India ni
kalau orang lain
2 tahun setengah
ain 3 tahun setengah dekat sini
kalau anak kecil
ain dah boleh berlari
dan dah boleh nak membina
jambatan dari kiub-kiub lego
banyak sangat kenangan dekat sini
sampai rasa berat hati
nak tinggal kan bumi manipal
macam-macam yang dah terjadi
dan macam-macam yang ain
dapat belajar dekat sini
dan sebab kan itulah
ain menamakan manipal ni
"my sweet escape"
bila datang sini
sebab kan budaya yang berbeza
sebab kan 'value' yang berbeza
sebab kan geografi yang berbeza
secara tak langsung
buat ain lari
dari 'kemajuan' di malaysia
ain rasa bila di manipal
masa sendiri terhenti
terhenti bukan seperti
'katak di bawah tempurung'
tapi terhenti
terhenti dari mengejar sesuatu
terhenti dari mencari sesuatu
terhenti dari nafsu yang membuntu
sepanjang di manipal
di sebab kan masa yang 'terhenti'
di sebab kan dengan masa 'sendiri'
buat ain tumbuh rasa 'self-esteem'
dulu masa baru keluar
dari kepompong sekolah
sebab kan dunia yang baru
impak 'cultural shock' sangat terkesan
mahu cuba sesuatu yang baru
mahu jadi seperti orang baru
mahu ikut jejak kehidupan baru
akibat nya, diri sendiri terkelu
bila ada masa sendiri
fesyen...hiburan...
boleh di katakan
sangat dah ketinggalan
contoh senang
masa raya kali-kali lepas
masa raya 1st year...
malaysia kecoh dengan
fesyen tudung 'shawl'
sekarang...raya baru-baru ni
malaysia kecoh dengan
fesyen tudung 'getah'
memang tiap kali balik raya
rasa tudung yang ain pakai
sangat ketinggalan
sekarang ain dengar
malaysia kecoh
fesyen tudung 'ribbon'
mungkin sebab budaya sini berbeza
mungkin sebab orang sini berbeza
mungkin sebab tarikan di sini berbeza
sebab itulah
walau malaysia sudah 'bergerak'
tapi ain
masih tidak berganjak
lari dari dunia sebenar
mencari yang bernama Dia
tapi yang pasti
bila begitu
ain lebih berfikir
tentang diri sendiri
dan bukan orang lain
dan bukan dunia lain
dan bukan budaya lain
terima kasih Ya Allah