kalau itulah suratan
yang perlu aku galaskan
aku terima semua ketentuan
dengan hati yang merelakan
dengan tangis yang melegakan
dengan doa yang penuh ketulusan
aku redha perginya seorang insan
aku redha dengan perpisahan
aku redha dengan ketentuannya Tuhan
kerana yang hidup pasti menghadapi kematian
Allah lebih sayangkan insan itu
Allah kebih faham sakitnya insan itu
kerana itu emak kata
Allah lepas kan dengan sebuah pelayaran
jadi yang tinggal perlu redha
jadi yang tinggal perlu teruskan sebuah kehidupan
kerana kematian bukan lah titik
berakhirnya segala pertemuan
dan emak kata lagi
andai aku masih mendoakan dia
andai aku masih mengingati dia
dan andai aku masih menyayangi dia
dia masih akan tetap hidup dalam hati aku
********************************************
sajak buat nenek tersayang
yang menghembuskan nafas terakhir
pada tanggal 29 nov, 2010
No comments:
Post a Comment