beberapa hari lepas
blog walking
ke blog akmar
bertegur sapa dengan miss olie
ada satu topik
yang sangat
menarik perhatian ain
dan sahur tadi
semasa makan,
buat ain berfikir
dan rasa
nak tulis entry baru
tapi sebelum tu
mari kita sama-sama
saksikan satu gambar
yang ain ambil
dari internet ni
mungkin sedikit sebanyak
memberi anda sedikit clue ^_^
hebat bukan
betapa dengan hanya
sedikit sentuhan
di beri kan kepada
mahkota itu
sudah mampu
mengubah imej dan
persepsi anda
pada perempuan
dalam gambar di atas
pernah tak kita terfikir
kenapa tudung
hanya di wajib kan
pada perempuan sahaja
eksklusif pada perempuan
seperti salah seorang
kawan ain pernah kata kan dulu
dan pernah tak kita terfikir
betapa Allah itu
meletak kan satu-satu hukum itu
hanya untuk kebaikan
manusia itu sendiri
dan bukan hendak menyusah kan
manusia, khusus nya perempuan itu?
Yang Maha Mencipta kan
pasti tahu
kekurangan dan kekuatan
sesuatu yang di cipta kan Nya
dan setiap dari kita
di kurnia kan nafsu
dan nafsu itu
tanpa henti-henti
mahu kita
melanggari ketetapan Ilahi
ain tertarik
dengan kenyataan kema
kata nya
sahabat nya itu
seperti mahu mengajak nya
untuk menanggal kan
kerudung di kepala nya
Syukur kema
didikan cikgu anuar berserta isteri
kepada mu sangat mendalam
dan teguh nya hati mu
ketika itu
Alhamdulillah
dan sudah di ketahui umum
perempuan itu
hati nya lembut
sangat senang terpengaruh
sangat senang terpedaya
dengan pujuk rayu
dengan kata pujian
yang kadang- kala
dapat menyengat
dan melumpuh kan
diri nya sendiri
dan seingat ain
ustaz Yusoff pernah cakap
masa dekat kelas
masa ain sek agama
jatuh bangun nya
sesuatu kaum itu
terletak pada perempuannya
nah...sekarang
kita lihat betapa
perempuan itu
beri kesan besar
pada orang sekeliling nya pula
atau kata lain,
pada siapa lagi?
pasti lah pada lelaki
tak kah begitu?
dan dengan cara itu
pada hemat ain
yang sangat simple
mereka-mereka
yang bukan seagama dengan kita
cuba mendekati para perempuan
dengan cara halus
di cuba untuk
menumpas kan islam itu sendiri
melalui para perempuannya dahulu
bukti nya
seperti kes kawan ain,
cik akmar anuar
andai sahaja
sahabat ain ini
punya iman yang tidak kukuh
pasti kerudung itu
sudah di tanggal kan nya
tika ini
mana tidak nya
pada awal nya
'dia' itu memuji
pada helaian mahkota yang di miliki nya
sudah pasti keawangan juga
kawan ain tika itu
dan kemudian
di hadapan sahabat seagama 'dia'
di kata nya...
"KAMA, YOU NAMPAK COMEL KALAU TAK PAKAI TUDUNG..
APE KATE YOU TAK PAKAI TUDUNG?
MESTI COMEL KAN??"
halus sungguh
cara sengatan itu di buat
dos nya mengena
kesakitan nya tidak terasa
ketahui lah
memang di sebalik
sehelai kerudung
tersimpan seribu satu rahsia
buat si pemilik mahkota
anda tak percaya?
sila anda lihat
ahli perempuan di rumah anda
sewaktu sebelum dan selepas
kerudung membaluti mahkota nya
tak kah ia berbeza?
dan sebenar nya
bukan kema seorang sahaja
yang pernah melalui peristiwa ini
ain sendiri pernah melalui nya
dan bukan kami sahaja
sebenar nya
masih ramai lagi di luar sana
perempuan itu
sangat suka
diri nya di puji
dan di puja
dan kerana itu
kita perempuan
perlu hati-hati
dalam setiap pujian
yang kita terima
dan ucap kan lah
istighfar dalam setiap
pujian yang anda terima ^_^
dan pernah kah kita terfikir
setiap perempuan itu
Allah kurnia kan kecantikan
yang tersendiri?
dan kerudung itu sebenar nya
adalah seperti tudung saji
yang menutupi cantik nya
sesuatu di dalam nya
p/s- ain bercerita
melalui pengalaman dan ilmu terbatas
hanya mahu anda berfikir
dan bukan bermaksud
mahu memberi kan fakta
sila jangan anda salah faham
No comments:
Post a Comment