wanita itu
dan kerana dia wanita
punya 1001 misteri
punya 1001 rahsia diri
mata tanpa hati
takkan bisa memahami
rahsia empunya diri
misteri pemilik hati
kerana wanita itu
seperti tiram bisu
hanya yang bermata hati
bisa memilih mutiara diri
hanya yang bermata hati
bisa memilih tiram berisi
kerana wanita punya misteri
hilang misteri muncul lah duri
hilang misteri hilang lah diri
hilang misteri terbang lah seri
No comments:
Post a Comment