pernah tak masa
zaman sekolah dulu
kita rasa pelik
kenapa cikgu nak adakan
peperiksaan setiap hujung tahun?
pernah tak kita rasa
peperiksaan tu menyusah kan
mana tak nya...
duduk menelaah buku 24 jam pun
belum tentu dapat
perfect score masa exam
pernah tak kita fikir
kenapa setiap kali cikgu ajar
cikgu akan tanya...
"kamu semua faham tak?"
pada akhir waktu pembelajaran
bila cikgu terang
kita tahu
kemudian baru kita faham
bila dah faham
baru lah kita boleh amal kan
aka...boleh jawab exam
macam rumus matematik
kita tahu tambah tolak
darab dan bahagi
tapi kalau kita tak ingat
hukum kurungan
kan salah juga jawapan akhir nya
pernah tak kita fikir
kenapa kadang-kadang
bila kita buat suatu ibadah
kenapa kadang-kadang
kita kurang "force"
untuk nak buat ibadah tu
secara ber istiqamah?
contoh yang terbaik solat
kita tahu solat wajib
kita tahu hukum meninggal kan berdosa
kita tahu...bersolat dalam hadas besar haram
tapi kalau kita tak faham
kepentingan solat di diri kan
hubungan antara kita, solat dan Tuhan
kita tak pernah ambil tahu
tentang rukun dan perlaksanaan
kan pincang juga nanti
ibadah yang kita lakukan?
mungkin kita akan sampai
ke tahap yang tak rasa bersalah
bila nak meninggal kan solat
hukum...
semua orang tahu hukum
faham...
sejauh mana kita tahu dan faham
itu lah yang menjadi
titik tolak nya...
ibadah kita istiqamah atau tak
sama lah macam
peperiksaan add maths
rumus...semua tahu rumus
antara kita faham
nak guna kan rumus atau tak
atau sekadar
menghafal rumus semata
itu lah yang menentukan
titik tolak nya...
markah peperiksaan kita
antara kita dapat A, B atau C
pengalaman dulu
bila selalu sangat
dapat C dalam peperiksaan
matematik tambahan
tumbuh rasa benci
pada subjek berkenaan
rasa belajar subjek tu
sebab terpaksa dan tak bermanfaat
syukur masa tu ada guru
yang sangat sabar nak mengajar
sampai buat ain faham
dan buat ain rasa sangat suka
dengan matematik tambahan
pada ambang peperiksaan spm
samalah juga dengan ibadah
bila kita tak dapat merasakan
manis nya sebuah ibadah
kita akan rasa kan
ibadah yang di lakukan
dalam keadaan keterpaksaan
hingga kadang kala
tumbuh rasa kurang bersalah
bila kita meninggal kan
teringat dulu masa usrah
ada kawan share ilmu
tentang rahsia khusyuk dalam solat
salah satu antara rahsia tersebut
adalah dengan cuba
untuk memahami makna bacaan
yang kita baca dalam bahasa arab
masa tu kami berbincang
ada kawan kata
bila kita tak faham makna
sama lah macam kita
mendengar lagu dari negara asing
bunyi nya mungkin rancak
tapi mungkin makna
dalam lagu tersebut berbau sedih
dan kerana kita tak faham
kita andai kan lagu tersebut
adalah lagu yang menggembirakan
tapi bila kita dengar lagu
dalam bahasa yang kita faham
rancak macam mana pun
rentak lagu tersebut
tetapi kerana lirik nya yang menyedih kan
mungkin kita berupaya menghayati
rasa sedih lagu tersebut
kadang kadang
ada kawan yang cakap
itu kan hukum nya wajib...
wajib lah di buat
sekadar tahu hukum wajib
tanpa ada rasa getaran
kewajiban untuk nak buat
tanpa ada rasa perasaan
dan kemahuan
untuk melakukan
itu lah yang terjadi
hukum di persenda kan
ibadah di per kotak- katik kan
~sebuah kisah klasik > run^nia in wonderland< ~
sebagai renungan
No comments:
Post a Comment