DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Monday, August 30

baywatch reunion




"Tarikh boleh di tukar mengikut keavailablelan anda. Tempat juga boleh di tukar seperti di the store atau lepak depan shell berdekatan sekolah. anggap ini aktiviti buang masa? boleh untagged segera. reunion ini untuk merapatkan hubungan sedia ada dan meluaskan pengaruh di kalangan kita semua. bagi yang dapat hadir, sila komfemkan betul betul. kawan time susah susah gila nak cari, kawan time senang, dekat the store sitiawan banyak.

kalau boleh, pakai la baju raya. lepas tu lepak depan billion manjung. memang rare. boleh accident orang ramai.

masa ikut korang. nak lama, lepas subuh terus jumpa. sampai masuk subuh hari esok pulak. jangan lupa bawa telekung bagi perempuan dan kumie sekali.

INGAT. INI BUKAN AKTIVITI BUANG MASA, BUANG TEBIAT, BUANG KARAN, BUANG ANAK dan RAFEAH BUANG. cuba fikir kalau tiba tiba korang accident di highway PLUS arah Selatan di kilometer 215 tengah tengah malam hari jumaat. at least ada aku kat area tu untuk tolong (bayar duit minyak sama upah rokok jadi lah) tapi kalau, sekali lagi di taipkan, kalau (yelah, takkan nak cakap sekali lagi di tekan kan, bila masa aku tekan tekan) korang rasa malas nak jumpa budak sekolah rendah sebab tak chill, tak rock, tak best, tak syiok, korang boleh terus hidup dengan ideologi tersebut. tak dak hal.

bagi yang berada di luar Malaysia, kirimlah ucapan dan padan muka tak dapat beraya bersama keluarga. kasihan. haha.

kalau ada tart nenas, almond london, maruku lebih lebih, bawalah sekali. kalau ada yang nak sponsor makan makan sangat di alu alukan (tuan haji abdullah fadhil - funder of skss batch 99). dan kalau ada yang buat open house lagi cara.

memetik kata kata seorang englishman di stamford bridge" friends like honey,sweet, but hard to get" ( betul ke tidak grammar aku? kasi mampus).

sehingga berjumpa di hari kejadian. salam - saiful bakhtiar othman, wakil batch skss'99"



sangat lah excited
pagi ni buka saja facebook
ada kawan baik
telah menge 'tag' ain
dalam salah satu gambar
reunion sekolah rendah

kali lepas
ain tak berkesempatan
nak pergi
kali ni insyaALLAH
kalau tak ada aral
sampai lah ain ke
BAYWATCH REUNION

bila teringat balik
zaman sekolah rendah
nak tergelak juga rasa nya
rasa-rasa dah sangat lama
tak berjumpa mereka
kali terakhir
masa sebelum PMR
itulah kali terakhir berjumpa

masa zaman sekolah
ain sangat garang
sebab zaman tu
ain penolong ketua pengawas
tapi sebelum tu pun
ain memang sangat garang

selalu bawa buku
catatan sekolah
selalu ada lah beberapa nama
yang jadi target ain
sebab beberapa nama ni
selalu sangat langgar
dengan peraturan sekolah

tapi yang pelik nya
bila ke sekolah agama
ain lah antara pelajar
yang paling nakal
rebel kah?
sampai sekarang ain pelik

selalu kena ketuk ketanpi
selalu kena godam
selalu kena cuci tandas
ain tak nak buat hal
cuma selalu bercakap saja
nak buat macam mana
sudah lumrah nya
makhluk Allah ni selalu bising
bila dalam kelas

yang pelik nya
ramai lagi yang bising
tapi ain juga yang selalu
menjadi 'pelajar contoh'
depan kelas...hahaha

paling kelakar
bila teringat detik berjumpa
dengan ustaz yusof masa
sebelum pertandingan hafazan
ustaz gelak bila nampak
ain pakai baju biru
baju pengawas

ain tak tahu
apa 1st impression
kawan-kawan lama
bila nampak ain nanti
akan kah...
kegarangan ain
menghantui mereka???
ngeeeeeeeeeeeeeeee~

tapi yang pasti
pengalaman di sek men
ajar ain untuk jadi
lebih penyabar
dan lebih matang

2 comments:

TutyLydia said...

datang,,jangan tak datang~ =)

run^nia in wonderland said...

insyaAllah
lyd datang x???