sempena bulan patriotik ni
tiba-tiba terfikir
merdeka kah kita
di bumi malaysia
yang telah pun merdeka
53 tahun lama nya
tapi bila tengok rakyat malaysia
jiwa, pemikiran masih lagi
penuh dengan penjajahan
teringat zaman sekolah dulu
bila masuk bulan ogos
bermacam-macam aktiviti
yang sekolah ain adakan
tapi tak semua yang kami
betul-betul dapat nak hayati
mungkin dari segi pertandingan tu
mungkin lah kami berkobar-kobar
semata-mata nak naik kan mata rumah
mungkin...
tapi sejauh mana
kami insaf
kami mengenang
akan perjuangan nenek moyang kita
itulah yang menjadi tanda persoalan
duduk di negara orang
banyak buat kan ain insaf
betapa mewah nya rakyat malaysia
khusus nya rakyat melayu
tapi...sampai bila
melayu kita masih menjadi layu
melayu kita masih menunggu
melayu kita masih mengharap bantu
melayu kita masih mahu beradu
duduk di India
yang mana negara nya
bukan lah negara mewah
seperti malaysia
buat ain tertanya tanya
akan bersyukur kah rakyat India
kalau mereka di beri sehari
merasa akan kemewahan rakyat malaysia
wujud lagi kah di malaysia
jalan raya nya di buat dari tangan
bukan dari jentera berat?
wujud lagi kah di malaysia
lantai di food court
di bersih kan dengan kain pengalap
bukan dari batang mop atau mesin pembersih lantai?
wujud lagi kah di malaysia
anak kecil nya berjalan tanpa selipar
berbatu-batu jauh nya
bukan kerana selipar nya hilang
tapi kerana kesempitan wang untuk sesuap nasi?
ada kemudahan sekolah...
kemudahan pembelajaran
anak-anak melayu lagi selesa
di "shopping complex"
atau di taman tema bersiar-siar
bila balik rumah
selalu nampak pelajar sekolah menengah
dari sekolah yang berdekatan
dengan rumah ain
ponteng kelas...hisap rokok
keluar bersiar-siar...bercanda berduaan
bila datang india
selalu nampak pelajar sekolah menengah
masa tengah dalam perjalan ke udupi
dalam bas...
dengan beg yang koyak...baju yang lusuh
tapi ada raut muka kehausan ilmu
ada sinar mahu menaikkan taraf diri sendiri
malu rasa nya
bila berjumpa dengan warga tempatan di sini
bila mereka memuji tahap pembangunan di malaysia
tanpa mereka sedar
tahap "pembangunan" pelajar-pelajar nya
jauh berbeza dengan warga tempatan di sini
fikir-fikir kan lah
No comments:
Post a Comment