DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Thursday, December 9

the arising of the dawn...T_T


sedih betul...
kelas surgery dah habis
dengan berakhirnya
end posting exam tadi

sedih juga tadi
sebab tak dapat buat
yang terbaik
untuk exam tadi

tadi ada soalan mcq's
lepas tu ada viva
soalan mcq tadi
kalau ain prepare betul-betul
insyaAllah dapat yang lagi okay
tapi sebab last minute study
PLUS sebab sangat confident
yang ada topik tak kan keluar
sudah nya...dapat lah markah
yang tak seberapa
yang setanding dengan 'usaha'

usaha kah?
itulah satu tanda tanya
yang asyik bermain-main
dekat cerebrum dan cerebellum

tadi masa viva
dapat dengan dr shenoy
mula-mula masuk
prof tanya...
"how's your mcq just now?"
rasa macam nak luruh jantung
masa di soal tadi

dan dengan penuh humble nya
ain pun jawab...
"sir...the truth is...
i didn't finish reading surgery"

tapi alhamdulillah
Allah gerak kan hati ain
nak ingat balik
bedside learning
dengan dr shenoy
tapi banyak yang ain
ingat-ingat lupa...
sedih betul tadi T_T

esok dah start posting medicine
dan bermulalah era
zaman kegelapan
takut sangat nak masuk
posting baru ni
sebab...dengar cerita
posting ni sangat mencabar
dan ini satu cabaran untuk ain
sebelum balik ke malaysia
dengar kata
dekat malaysia lagi payah

dan hari ni
ain nak tanam azam dalam diri
dah tak nak dah
main tembak-tembak soalan
bak kata nandhesh hari tu
nak jadi doktor yang hebat
kita kena tahu semua benda
sebab...
patient kita tak datang
dengan penyakit common sahaja
patient kita datang
dengan penyakit yang misteri

menarik tak???
macam detektif lah pulak,kan?
ngeeeeeeeeeeeeeeeeeee~





Sunday, December 5

tahun baru datang lagi


malam tadi masa makan malam
dengan ainun dan adik busuk
tiba-tiba adik busuk tanya
"akak, nak buat apa ya tajuk usrah
untuk minggu ni?"

seperti biasa
ain senyum kambing
sebab usrah esok pun
ain tak plan apa-apa

tiba-tiba ainun bersuara
"awal muharram bila eh?"
dan lagi sekali ain tersenyum
bagai kambing yang kena korban

dah nak dekat awal tahun rupa nya
tiba-tiba adik busuk pun cakap
"ha'ah lah, awal muharram nak dekat"

kita sering ingat kalendar masihi
tapi jarang kita ingat kalendar hijriah
sampai kan awal muharram pun
kita (terutama nya ain) boleh lupa
malu sungguh
bukan pada ainun atau adik busuk
tapi pada diri sendiri

itulah...
betapa besar nya pengaruh barat
dalam hidup insan
yang bernama ain zawawi ni

itu baru kalendar
tak termasuk lagi
dengan perkara yang lain nya

tahun ni
mengikut perkiraan kami
dengan mengambil raya korban
sebagai tarikh rujukan
awal muharram tahun ini
jatuh pada 6 januari

dan sebagai kesudahan
kepada perbualan makan malam
kami tadi
akhirnya...usrah esok
mungkin berkenaan awal muharram


ngeeeeeeee~
tadi baru terhegeh-hegeh
nak cari doa
akhir dan awal tahun
untuk di beri
dekat adik-adik usrah
^_~

Wednesday, December 1

untuk nya

kalau itulah suratan
yang perlu aku galaskan
aku terima semua ketentuan
dengan hati yang merelakan
dengan tangis yang melegakan
dengan doa yang penuh ketulusan

aku redha perginya seorang insan
aku redha dengan perpisahan
aku redha dengan ketentuannya Tuhan
kerana yang hidup pasti menghadapi kematian

Allah lebih sayangkan insan itu
Allah kebih faham sakitnya insan itu
kerana itu emak kata
Allah lepas kan dengan sebuah pelayaran
jadi yang tinggal perlu redha
jadi yang tinggal perlu teruskan sebuah kehidupan
kerana kematian bukan lah titik
berakhirnya segala pertemuan

dan emak kata lagi
andai aku masih mendoakan dia
andai aku masih mengingati dia
dan andai aku masih menyayangi dia
dia masih akan tetap hidup dalam hati aku

********************************************

sajak buat nenek tersayang
yang menghembuskan nafas terakhir
pada tanggal 29 nov, 2010

Sunday, November 21

sebiru hari ini

tadi masa majlis
hari raya aidil adha
ada adik batch 25 bernasyid
best pula dengar


sebiru hari ini
edcoustic

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

sebelum terlambat
selamat hari raya aidil adha
moga tahun ini
akan lebih baik
dari tahun lepas

dan moga tahun mendatang
lebih baik dari tahun lepas
dan juga tahun ni
insyaAllah

Saturday, November 20

terima kasih Ya Allah


seperti anak kecil
aku perlukan sebuah kekuatan
dalam meniti hari hadapan

seperti anak kecil
aku masih lagi terduduk
selepas sebuah kejatuhan
memerlukan sebuah semangat
sebelum aku bangun
dan melupakan kesakitan

dan seperti anak kecil
sakit itu tak selamanya di situ
sakit itu tak selamanya membekas menjadi beku

dan masih seperti anak kecil
aku sudah tidak lagi rasa sakit itu
kerana sakit itu
sudah lama berlalu
bersama senyuman hatiku

terima kasih Ya Allah
atas sebuah kekuatan
yang telah Engkau hadiah kan
pada hamba Mu
yang sentiasa memerlukan
bimbingan dari Mu
yang tak terbalaskan