"hal yang menyedih kan dalam hidup apabila kamu bertemu dengan seseorang yang bererti dalam hidup kamu dan kemudian kamu mendapati akhirnya seseorang itu menjadi tidak bererti dan kemudian kamu harus membiarkan dia berlalu pergi..."
aku umpama lelayang
yang sudah putus dari tali
aku umpama sang gagak
yang patah sayap kanan dan kiri
aku tak bisa menentukan
naik turun aku dari khayalan
aku hanya mahu ke kayangan
mencipta seribu satu angan-angan
tapi mampu kah aku
menggapai kayangan itu
mampukah aku meneruskan lagi
dengan saki baki angin itu lagi
aku mahu menjadi seperti sang merpati
aku mahu menjadi seperti sang merak
aku mahu menjadi seperti sang helang
namun, aku masih lagi aku di sini
jangan padamkan angin aku
jangan roboh kan kayangan aku
bantu aku mencipta angan-angan aku
bantu aku untuk meneruskan perjalanan aku
~hasil nukilan run^nia in wonderland...special dedicate to my besties~
No comments:
Post a Comment