DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Monday, May 4

i need your opinion


class : pathology
lecturer :dr k. ramnarayan (dean)
time :10.30-11.30

i'm not going to write a report or what-so-ever.
just want to share something with my beloved friends

imagine...10 years from now...

"sori puan,anak puan di sah kan menghidap down's syndrome"


apa yang terdetik dekat hati kita
if let say anda di kejut kan dengan berita macam ni?
actually kelas tadi belajar tentang
"chromosome abnormalities"
include lah sikit pasal single gene defects

ada sesuatu yang buat ain sangat berminat masa kelas tadi...
sesuatu itu bila dr ram cakap

"you as a doctor should consult your patient to undergo abortion"

nampak macam sangat simple kan
macam dalam satu lirik lagu tu
as simple as it should be

tapi cuba kita fikir
anak itu bukan ke anugerah Allah ke?

tiba-tiba ain teringat dekat seorang budak perempuan ni
baru minggu lepas ain jumpa
dia budak down's syndrome
muka comel.mongolism face.
tenang tengok muka dia
mungkin sebab budak ni special
tak terdetik langsung dalam hati ain
rasa kesian atau rasa simpati
sebab ain tahu,budak ni budak istimewa.



masa kelas tadi belajar...



characteristics of mongolism/trisomy 21/down's syndrome

  • abnormalities of the body: fold of skin cover the medial corner of the eyes, single palmar crease
  • SEVERE MENTAL RETARDATION
  • seldom in family history
  • seen more frequent in older mother (girls, u should take note of this)
  • blunted occipital lobe at the brain

clinical significance of Mongolism

  • ACUTE LEUKEMIA
  • CONGENITAL HEART DISEASE
  • ALZHEIMER'S DISEASE
  • ABNORMAL IMMUNE RESPONSES (PRONE TO SERIOUS INFECTIONS)

bila baca balik complication yang bakal di hadapi
oleh orang down's syndrome ni,
rasa kesian sangat

tapi...
lagi sekali...
soalan itu datang lagi...

SIAPA AIN UNTUK TENTUKAN HIDUP MATI BUDAK TU?



walaupun nampak sangat kesian,sangat menderita...
tapi bukan ke semua tu ciptaan tuhan ke?
patut ke ain sebagai manusia yang sangat kerdil dan hina ni
nak persoal kan hidup mati budak tu?

dari segi perubatan
ramai yang kata...TERMINATE THAT FETUS
tapi dari segi kemanusiaan...TERMINATE THAT FETUS
tapi dari sudut ain sendiri...CON-SERVE THAT FETUS AS HE/SHE DE-SERVE TO SEE THIS WORLD

balik tadi, terus buka internet
cari pula sudut pandangan islam hal ni.
sebagai bakal doktor
ain sendiri perlu peka hal-hal macam ni.
mana tau satu hari nanti
ain terpaksa hadapi patient yang ada fetus down's syndrome

so, here goes the findings...

KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERUNDING HUKUM SYARA’(FATWA) NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN MENGENAI ISU-ISU PERUBATAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM

1. TAJUK PERSOALAN
Laporan ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’(FATWA) Negeri Selangor mengenai isu-isu perubatan dalam perspektif Islam.

2. PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN.

1. Bayi Tabung Uji
  1. Benih suami isteri HARUS dikandungkan oleh isteri sendiri sekiranya suami masih hidup.
  2. Benih suami isteri HARAM dikandungkan oleh wanita lain
  3. Benih suami isteri yang telah ditabung ujikan HARAM dimasukkan kedalam rahim isteri sekiranya suami telah meninggal dunia terlebih dahulu kerana perbuatan ini boleh membawa kepada fitnah.
  4. HARUS menghapuskan telur-telur yang telah disenyawakan di dalam tabung uji dengan menyelamatkan satu telur sahaja, untuk dikandungkan kerana telur-telur tersebut masih belum bernyawa.

2. Gugur Kandungan
  1. Anak yang dikandung yang berkemungkinan cacat HARUS digugurkan atas nasihat doktor pakar.
  2. Sekiranya sudah bernyawa, hukumnya HARAM digugurkan.

3. Merawat Benih
  1. Benih yang dikenal pasti oleh doktor pakar sebagai cacat/down syndrome HARUS dirawat oleh doktor supaya bila lahir menjadi anak yang normal
  2. HARUS menghentikan kelahiran anak yang jika dilahirkan diadapati cacat yang tidak boleh berfungsi sebagai manusia biasa.
  3. HARUS memakan ubat yang mengeluarkan banyak telur untuk kesuburan sekiranya tidak menjejaskan kesihatan.
4. Masalah Merancang Keluarga
  1. HARUS memakan pil perancang keluarga sekiranya tidak menjejaskan kesihatan serta dipersetujui suami isteri.
  2. HARUS mengikat rahim sekirannya dalam keadaan darurat.
  3. HARAM memotong rahim kecuali dalam keadaan darurat atas nasihat doktor pakar.
  4. HARUS meletakkan IUCD (INTRA UTERINE CONTRACEPTIVE DEVICE) dalam rahim sekiranya dipersetujui suami isteri.

5. Rawatan Bagi Penggantian Hormon
  1. HARUS menerima rawatan penggantian hormon bagi wanita yang telah monopouse untuk kesejahteraan keluarga.

6. Perempuan yang baru dirogol HARUS mendapatkan ubat pencegah hamil bagi menjaga maruah wanita tersebut.

7. Bagi ibu yang mengandung yang didapati kandungannya itu boleh membahayakan kesihatan dirinya setelah mendapat pengesahan daripada doktor pakar, HARUS menggugurkan kandungannya bagi menyelamatkan si ibu.

8. HARAM melakukan mercy killing/ pembunuhan belas kasihan kepada pesakit yang sedang koma.



siapa-siapa yang ada pandangan atau maklumat
sila-sila la bagi kan komen
so that benda ni membantu ain
bila ain dah jadi doktor nanti,
insyaAllah ^_^

maaf,
kalau kali ni punya entry sangat serius.
sudah 22,
perlu la serius sikit > ,<

1 comment:

Anonymous said...

"SHOULD" ... (if the condition is un-treatable)

Yesss... who am I to decide the life & death of an innocent human being? but then again... who am I to choose to let this human being brought alive only to suffer a lifetime?

Just ask urself... if u're born unlucky... will u choose to live & trouble others (especially ur loved ones) in the first place? For me... it's a big NO!