DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Monday, April 12

bila ain merepek lagi


okay...
semalam ain memang menggila
sebab kan tak boleh study
tiba-tiba rasa nak menulis
mungkin sebagai renungan
mungkin juga sebagai pandangan
buat masa depan...
huhuhuhu...

seseorang yang baik itu
adalah dia yang sentiasa
menjaga maruah diri
menjaga sekeping hati
dari di calari dan di nodai
oleh titik hitam dari cinta duniawi

seseorang yang berakhlak tinggi itu
adalah dia yang sentiasa
memikirkan apa yang
terbaiknya untuk diri yang lain
menjauhkan segala yang bakal
menjadi punca fitnah dan dusta

seseorang yang beriman itu
adalah dia yang sentiasa
memendam kan hati dan rasa
bila rasa itu bukan pada tempat nya
menjauh kan diri dan pergi
kerana khuatir di buai mimpi dan fantasi
kerana atas rasa takut nya
pada Khaliq yang mencipta kan

seseorang yang bertanggung jawab itu
adalah dia yang sentiasa
punya hasrat dan cita-cita
untuk memimpin atas nama Tuhan nya
memimpin bukan pada tangan
atas nama perasaan
tetapi pada akhlak dan iman
yang di berikan keutamaan

dan seseorang yang terbaik itu
adalah dia yang sentiasa
mengawal diri dan laku
bukan yang bermain api dengan ku
menundukkan mata dan hati
kerana takut diri nya tergelincir sepi...

No comments: