DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~
Friday, October 30
sesuatu buat sendiri
dalam renyai hujan malam
dalam sunyi langit kelam
mencari makna hidup alam
yang makin pudar dan terpadam
saat insan lena terbuai
kaku aku, masih terkulai
pada simpulan tak terurai
pada kusutnya tak terkirai
masih mencari hakikat diri
masih menerima belum memberi
masih terkapai dan mencari
masih memerlukan tangan simpati
akan datang kah detik itu
detik hatiku bulat dan bersatu
menjadi insan yang memberi selalu
pada tangan-tangan seperti aku?
akan kah beluncas hodoh ini
menjadi rerama cantik menari
menjadi sebahagian buana ini
manabur madu dan bukan duri?
asyik marah kerana mendung nya awan
terlupa aku pada haus nya hutan
asyik menangis kerana lebat nya hujan
terlupa aku pada cantik nya pelangi kayangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment