DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Monday, February 7

husnul zon sesama sahabat


husnul zon...
aka berbaik sangka

bukan senang nak berbaik sangka
bukan susah nak berburuk sangka

6 bulan terakhir
selalu dengar husnul zon
dari mulut adik...
husnul zon kak... #_#
husnul zon kak.. .T_T
husnul zon kak ^_^

kerana kita manusia
sering sangat kuat melatah
sering sangat buat konklusi
sering sangat ikut hati

padah nya...
bila husnul zon luput
dalam diri
mula lah bermasam muka
sesama sendiri
mulalah yang manis pun
jadi pahit macam kopi

kita manusia
sering sangat nak menjaga hati sahabat
tapi dalam masa yang sama
hati kita ligat di main kan "sahabat"
yang sering sangat nak lihat
kita bertelagah sesama akhawat

bila ada sesuatu kemusykilan
bila ada sesuatu hendak di tegak kan
kenapa tak di suara kan
kenapa tak di tanya kan

hanya dengan beberapa patah kata
kemusykilan dapat di rungkai
yang terluka dapat di henti kan
yang bernanah dapat di ubat kan

tahu tak kita
senyuman kita sebenar nya
membantu orang
untuk ber husnul zon

hari tu ada adik tanya saya
kak...cuba akak teka
kenapa senyuman tu sedekah?

lepas tu saya senyum
tak pernah terfikir pula
kenapa senyum tu sedekah

lepas tu ain pun jawab
maybe sebab bila kita senyum
kita buat kawan kita
yang tengah susah hati
tersenyum dengan senyuman kita
jadi kita dah ringan kan
bebanan sahabat kita

kemudian adik cakap lagi...
akak nak tahu tak
bila kita senyum
kita buat kawan kita
husnul zon dengan kita
secara tak langsung
kita dah bagi pahala
dekat sahabat kita
sebab tu lah dia sedekah

bayangkan bila kita
jumpa kawan kita
kemudian kita bermasam muka
secara tak sengaja
mesti dalam hati
kawan kita terfikir-fikir
cari punca kenapa kita masam

dan masa itulah
syaitan pun membisik-bisik
mula bagi idea yang ganjil-ganjil
pada sahabat kita
yang akhirnya membuat kan
sahabat kita hilang husnul zon
dengan diri kita

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu,
Jika itu benar,
maka bererti kamu sudah membuka
aib saudaramu,
dan jika itu salah,
maka engkau sudah melakukan fitnah "

No comments: