setiap orang ada hati
setiap orang nak
hati mereka di jaga
oleh orang lain
tak kisah lah
dari segi perkataan
dari segi perbuatan
kadang-kadang
sebagai orang yang
menjaga hati orang lain
kita ada had limit sendiri
terkadang...
bila sangat menjaga hati orang
hati sendiri tak terjaga
sampai satu tahap
hati sendiri jadi beku
bila sudah beku
jadi malas nak kisah
jadi lemas dalam kisah
dan paling bahaya
bila hati itu
melepasi had sendiri
hilang sudah rasa
mahu menjaga hati orang
kita semua ada khilaf sendiri
kita semua ada cacat sendiri
sebagai kawan...
terimalah kawan secara menyuluruh
kawan tak sempurna
kawan tak maksum
kenapa kita sangat nak
kesempurnaan dari seorang kawan
andai kita sendiri tak sempurna?
cuba kita duduk di tempat
orang lain
dan kita bayang kan
orang lain buat kita macam tu
pasti sedih bukan?
kawan adalah insan lain
dia bukan robot untuk kita
nak kawal tiap saat
dia bukan diri kita
untuk kita pastikan
dia ikut cakap kita
dan paling penting
kawan adalah pelengkap diri kita
saya insan lemah
tak mampu nak menjadi sempurna
tak mampu nak menjadi begitu sabar
dan tak mampu nak simpan rasa sedih
biar lah Allah yang tentukan
keberadaan saya di hati kawan
dan keberadaan kawan di hati saya
adik selalu cakap
'bila kita jaga hati orang
Allah pula yang akan jaga hati kita'
Ya Allah
kurnia kan aku kesabaran
atas setiap dugaan dan cabaran
No comments:
Post a Comment