DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Sunday, June 6

apalah nasib daku~ T____T


hari ni tiba-tiba teringat
satu perbualan
tak tahu nak cerita macam mana

kisah nya begini...
ada seorang kawan ni
ain bagi nama dia A lah
ain suka berborak dengan dia
dengan kawan ain nama B
dan seorang lagi kawan ain nama C
C ni perempuan
yang A dan B ni lelaki...

alkisah...
satu hari kawan ain yang A ni cakap
kawan ain yang B ni
nak cari cikgu as life partner dia
ain pun senyum lah...
lepas tu entah kenapa...
mulut ni laju je tanya...
"B, apesal nak cari cikgu?"
yela...sangat spesifik...CIKGU

okay...first of all
ain tak la pernah underestimate cikgu
sebab bagi ain
kerja cikgu ni
khas untuk orang yang penyabar
and boleh deal dengan orang
terutama dengan pelajar
aka remaja dan kanak-kanak
which is ain tak ada
bakat tu semua
(anak bongsu la kata kan)

lepas tu kawan ain gelak
mula-mula tak nak mengaku
malu mungkin sebab
kawan ain yang A ni
memang suka sakat orang
tak lama lepas tu
B ni pun cakap...
sebab cikgu ada masa
untuk family

lepas tu kawan ain
yang B ni cakap
kalau doktor busy
nanti tak boleh nak tengok family

gugur jantung ain di buat nya
erk...
macam tu ke?

lepas tu ain terfikir
macam tu ke
orang punya pandangan
terhadap kami...
"bakal doktor perempuan"???

okay...
memang la
kalau ain tengok kak nazue
memang la busy dengan kerja
tapi tak ada lah sampai
family tak terjaga, kan???

lepas tu
part paling kelakar
kawan ain ni tanya
si B tanya
"kenapa ain tak nak jadi cikgu?"

err....
hahahaha...
I'M SPEECHLESS~



******************************************************************

satu hari
ain duduk bersembang
dengan abang ain
epa...

owh...epa ni
sangat particular sikit orang nya
ain suka tanya pendapat epa
sebab bagi ain
epa ni pendiam
so bila bercakap tu
banyak nya benda yang bernas
dari yang entah apa-apa

so ain tanya epa
"epa...describe sikit
apa definisi perempuan melayu"

nak tahu apa jawapan epa?
"yang suka duduk dekat rumah"
pendek dan ringkas
tanpa ada further elaboration
atau explanation

ain senyum
sekali dengar macam "lame"
dua kali dengar macam "okay"
tiga kali dengar macam "owh...saya ternganga"

tahu kenapa?
sebab apa yang abang ain cakap
lebih kurang sama dengan
kawan ain yang B tu cakap
cuma ayat dia je yang berbeza
dah orang pun berbeza
tapi sebab epa ni abang
ayat ringkas pun dah jadi
senang faham
hukhukhuk

bak kata mak
perempuan belajar tinggi-tinggi
nanti kena juga masuk dapur
hehehehe...
baik mak ^_^

***************************************************************

tapi kan
tak baik lah orang
double standard kan
orang lain macam tu
kami student medic
pandai juga masak
pandai juga kemas rumah
pandai juga urus hal rumah
cuma kami
kesempitan masa
habis kalau semua orang berpandangan macam tu
alamat...
kami semua jadi SPINSTER
hukhukhuk
tidak~!!!!!!!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

apa sekali pun profession seorang wanita tersebut, bagi mereka tetap family comes first. itulah keindahan kasih sayang yg ALLAH jadikan buat para wanita. plus, we need women utk berada dlm bidang professional yg laen. mnjadi front liner untuk pembangunan ummah in the near future.

sebagai lelaki, dianugerahkan wanita yg berada dlm bidang profession doctor, sama-samalah beri semangat dan uruskan hal keluarga. orang kata lebih bersama lebih manisnya alam rumah tangga itu. orang lah kata. saya tak, sbb saya sendiri single lg.

namun saya tidak menafikan persepsi segelintir pihak yang memilih isteri kalangan guru kerana seperti faktor yg dinyatakan. namun begitu perlulah diingat satu fakta bahawa, guru zaman sekarang bukan lah semudah profession yang disangka.ditambah lagi dalam mendidik umat generasi sekarang ini. terlalu banyak cabaran nya dek segala macam gejala sosial yang mula bercambah dalam komuniti masyarakat kita. ditambah lagi kewajiban mendidik anak-anak di rumah pula.

jadi dari sini, konsepnya berbalik kepada memperbaiki/mentarbiyah individu muslim supaya baitul muslim yang dibina regardless of which profession pon akan berjaya dan diredhai ALLAH sentiasa mudahan. lelaki nakhoda kapal, wanita bantu untuk sama mengemudi ke destinasi. persepsi masyarakat kita adakalanya perlu diberi anjakan paradigma.

*you know who i am noen* ^___^

cikgu doakan baitul muslim yg bkl dibina adalah syurga untuk mu. ameen.

run^nia in wonderland said...

thanx biyat...
terharu dengar...
biyat, jgn le salah faham ye...
motif kite ckp kat atas nie...nk ckp yg orang selalu pandang bakal doktor ni lacking sana sini...
rase sedih tau...
tapi nak di jadi kan cerita...
profession guru tu pulak yg keluar...

biyat...balek rumah tak raye nie???
balek msia bila???