DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~
Wednesday, June 23
girl~ish talk
hari ini tiba-tiba
ain terasa nak bercerita
tiba-tiba terasa
nak berfikir bersama-sama
kita manusia yang tak sempurna
selalu nak menjadi yang sempurna
bila kita nampak kawan kita cantik
kita pun nak jadi cantik
bila nampak kawan kita tinggi macam model
kita rasa rendah diri sebab pendek
bila nampak kawan kita kurus macam kerengga
kita rasa rendah diri sebab rasa macam tong drum
bila kita lihat kawan kita putih melepak
kita rasa rendah diri sebab rasa kulit kita gelap
cuba kita berhenti
berhenti dari meminta
sesuatu yang memang takkan
pernah terjadi dalam diri kita
kita berhenti dari merungut
kita pandang wajah kita
depan cermin lama-lama
kemudian kita senyum
sebenar nya...
apa yang ada pada kita
adalah yang terbaik
untuk diri kita
percaya atau tak?
mana tahu
kalau kita jadi serba sempurna
kita jadi lupa pada yanG Esa
mana tahu
kalau kita jadi cantik
kita jadi angkuh dan bongkak
kerana Allah tahu
kita tak mampu untuk
nak menggalas kesempurnaan tu
jadi kita dijadi kan apa ada nya
patut nya
kita perlu rasa bersyukur
kerana rasa rendah diri itulah
buat kita semakin dekat dengan Tuhan
cuba kita bayang kan
kalau ada orang yang suka kan kita
hanya kerana luaran kita
yang bila-bila masa boleh pudar
di pukau oleh kecantikkan luaran
hingga mengetepikan kecantikkan dalaman
tidak kah itu mengecewakan kita?
kadang-kadang bila lihat
ada pasangan berkahwin
yang mana salah seorang dari mereka
berwajah sangat biasa
terlintas dalam hati
tentu orang ini punya hati yang bersih
hingga membuat kan pasangan nya
jatuh cinta pada nya
tidakkah kecantikkan dalaman itu
adalah kecantikkan yang kekal
kecantikkan yang tidak akan pudar
walau usia kita meningkat
hatta ke umur 90 tahun sekalipun
dan tidakkan sangat beruntung
kerana itulah kecantikkan yang kekal
kecantikkan yang akan ternampak
pada orang yang mahu melihat nya sahaja
kita perempuan
sangat nak menjadi cantik
sehingga kita lupa cantik dalaman
kita lupa
Tuhan tidak mengukur kita dari luaran
Tuhan mengukur kita dari dalaman
jadi kenapa perlu kita bersedih?
sedar lah wahai perempuan
jika kita sering meratap
sesuatu yang bukan milik kita
bukan kah itu nama nya kita tidak bersyukur?
tidak bersyukur dengan penciptaan
yang telah Tuhan cipta kan buat kita?
kenapa tidak kita terima
apa ada nya pada kita
kemudian kita baiki
apa yang kita rasa kan
kurang sesuai dengan kita
kalau kita rasa kan
badan kita berisi
jadi berdiet lah
tapi hendak membaiki
biar lah ia nya berpada-pada
jangan lah sampai kita
melanggar sunnatullah
jangan lah kita ubah
rambut yang telah Tuhan jadi kan
dengan kita lurus kan ia
dengan kita mengkirinting kan ia
sebelum kita buat semua itu
berfikir lah sejenak
tentu ada hikmah kenapa Tuhan
ciptakan kita sedemikian rupa
bukan kah Allah itu
adalah Tuhan yang sukakan kecantikan?
sesuai dengan nama Nya
Al- Musawwir yang bererti
Yang Maha Menciptakan Rupa Bentuk
segala yang telah
Allah ciptakan itu
sudah sempurna
dan sangat sesuai untuk diri kita
jadi berhenti lah mengeluh
apabila melihat mereka
yang lebih sikit dari kita
sebalik nya
bersyukur lah
bersyukur lah dengan pemberian-Nya
bersyukur lah kerana masih bernafas
bersyukur lah kerana kita masih kenal diri Nya
kerana
apabila kita bersyukur
wajah kita pasti
nampak tenang kerana redha
dan wajah dan jiwa yang tenang itu
lebih berharga dari intan permata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment