pernah dengar tak
ada di kalangan kawan kita
pernah cakap
"budak tu nampak je baik,
tapi perangai sebenar buruk,
macam kentang busuk"
atau pun kita dengar
kawan kita cakap
"budak tu nampak je macam tu,
tapi solat, agama semua dia jaga,
tak baik pandang serong dia"
atau pun kita dengar
orang cakap macam ni
"rambut sama hitam,
tapi hati lain-lain"
tapi kan
setiap kali kita dengar
orang cakap macam tu
kita pernah tak rasa kesedaran
atau rasa bersalah
atau rasa insaf dalam diri
sebab wujud kan satu pandangan
dekat orang yang sedang kita cakap tu?
kita selalu ingat kan
kawan-kawan kita...
yang berpakaian baik tu
tak semestinya hati suci
atau yang berpakaian baik tu
tak semestinya hati tak suci
tapi pernah kita fikir tak
at the first place
kenapa kita sendiri
judge kawan kita
dan adakan satu persepsi asing
buat kawan kita?
melalui pengalaman
yang tak banyak
hidup selama 23 tahun ni
banyak buat ain belajar
kita sebagai manusia
tak sepatut nya wujudkan
persepsi asing buat orang lain
patut nya...persepsi tu
kalau kita lihat dari pakaian
maka kita hanya boleh buat
dari pakaian saja
maksud nya...
kalau kita nampak kawan kita
pakai pakaian menutup aurat
jadi kita kena ukur kawan kita
sebagai seorang yang suka
pakai pakaian menutup aurat
tanpa ada tanggapan asing
terutamanya tentang aqidah dan ibadah
sama lah macam
yang pernah ain dengar sebelum ni
ada kawan-kawan selalu cakap
"orang tu pakai saja tudung
tapi keluar dating dengan couple"
bagi ain tanggungjawab menutup aurat
bagi 'orang tu' sudah di laksanakan
cuma kekurangan nya keluar berdating
yang mana bagi ain
dating dan menutup aurat tu
dua benda yang sangat berbeza
jadi kenapa nak sama kan
dating dan menutup aurat?
"pakaian di dalam
selalu nya mencerminkan
pakaian di luar
tetapi...
pakaian di luar
tak selalu nya mencerminkan
pakaian di dalam"
ada orang menutup aurat
kerana faham kepentingan menutup aurat
dan mahu mendapat redha Allah
ada orang menutup aurat
kerana takut masuk ke neraka
ada orang menutup aurat
kerana mahu menjadi kan penutupan aurat
sebagai hijab dari melakukan perbuatan maksiat
ada orang menutup aurat
kerana mahu di pandang tinggi dan mulia
dan ada orang menutup aurat
kerana keadaan sekeliling yang memaksa
jadi tak perlulah kita
nak pertikaikan tentang
penutupan aurat seseorang
atau tujuan seseorang menutup aurat
tak perlulah kita
yang sememang nya
bukan seorang ahli nujum
atau seorang ahli penaakulan
untuk membaca dan mengolah sendiri
firasat hati seseorang
dan tujuan hati seseorang
dalam melakukan ibadah
bukan kah baik
andai pada kali pertama
kita bersahabat dan berkawan
dengan seseorang
kita letak kan mereka semua
sama rata di "LEVEL O"
supaya nanti
andai sahabat kita tersalah langkah
atau
andai sahabat kita melakukan sesuatu amal soleh
tidak lah kita punya pandangan berbeza
buat mereka...
renung-renungkan lah...~
*******************************************************************
dalam bersahabat
bila sahabat yang kita nampak
baik dari segi luaran
bila mereka melakukan kesalahan
walau kesalahan sekecil zarah
tetapi kerana kita yang punya
perasaan memandang tinggi pada mereka
kita cepat melatah dan terus meletakkan mereka
pada satu tahap yang rendah
dan dalam bersahabat
bila sahabat yang kita nampak
buruk dari segi luaran
bila mereka melakukan kebaikan
yang mana kita rasa kan
bukan diri mereka untuk melakukan nya
dan kerana perasaan memandang rendah pada mereka
kita lantas merasa malu dan terpukul
dan meletakkan mereka pada satu tahap yang tinggi
bukan kah baik
andai kita sendiri tidak meletakkan mereka
pada satu tahap yang berbeza
dan menilai mereka sama rata
agar kita sendiri satu hari nanti
tidak akan terkecewa dengan mereka
atau
merasa malu dengan diri sendiri
******************************************************************
siapakah kita
untuk mengukur seseorang
biar lah Allah sahaja
mengukur hati dan niat
orang di sekeliling kita
kerana hati dan hidayah
adalah milik Allah
yang tiada siapa tahu
No comments:
Post a Comment