DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~
Wednesday, June 9
saya sebuah cerek
nama keluarga saya
morphy richards
ibu dan ayah saya
menamakan saya
"voyager 100"
saya di lahir kan
di sebuah kilang
di sebuah negara
bernama China
kemudian saya
bersama ibu dan ayah
berserta ahli keluarga
telah di hijrah kan ke
sebuah negara bernama India
sampai di india
saya menyewa di sebuah kedai
di bahagian selatan india
di sebuah bandar
bernama udupi
atau lebih tepat lagi
rumah sewa saya bernama Harsha
kerana saya adalah
sebuah cerek yang kecil
yang hanya memuat kan
0.5 Liter air
saya di sukai oleh
mereka-mereka yang
tinggal berseorangan di India
pada suatu hari
ada perempuan bertudung
sangat excited apabila
melihat saya di rumah sewa
saya telah di beli
oleh perempuan tersebut
dan bermula lah era
perkhidmatan saya
di Mannath House
tuan saya bukan lah
seorang berketurunan India
dia adalah seorang perempuan
berkacukan melayu-jawa
tuan saya suka menggunakan saya
tiap pagi pasti saja
tuan saya akan menggerakkan saya
sebelum dia pergi ke kelas
dan kemudian
pada waktu tengah hari
dia akan meminta saya
memasakkan air untuk nya
dan pada waktu petang
sekali lagi perkhidmatan saya
akan diperlukan
dan yang terakhirnya
sebelum dia memulakan
sesi mengulang kaji pelajaran
sekali lagi dia akan
menggunakan saya
saya pernah sekali
jatuh sakit
kerana overload
dengan air untuk di masak
badan saya kecil
jadi kapasiti untuk saya
memasak air juga kecil
sebulan saya terlantar
di hospital Harsha
untuk sesi rawatan
kemudian
saya pulih seperti sedia kala
dan kembali berkhidmat untuk nya
kemudian
tuan saya berpindah rumah
masih lagi di Vidyarathna Nagar
dan semasa di rumah baru
dia semakin kerap
menggunakan saya
kerana minat nya pada air teh hijau
semakin bercambah
dan saya di gunakan
setiap hari tanpa henti
saya tak pernah mengeluh
saya tak pernah marah
malah saya bangga
dapat berkhidmat untuk nya
tapi dia tak pernah sikit
memikir kan tahap kepenatan
dan kapasiti yang saya ada
dan semalam
tanggal 8 jun 2010
saya jatuh sakit
kali ini bukan kerana overload air
tapi kerana kepenatan
dan kerana itu
badan saya berasap
dan sekarang
terdampar lah saya di atas meja nya
untuk menunggu masa
di masukkan kembali
ke Hospital Harsha
****************************************************************
kesimpulan dari cerita di atas
sila lah kita
menggunakan cerek kesayangan
dengan penuh cermat
dan berhemat
T______________T
CEREK AIN ROSAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment