DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Thursday, June 10

subuh tadi...


minggu peperiksaan
asyik duduk di rumah
jarang berkomunikasi dengan rakan
asyik buat otak berputar dan berfikir
sebab kan mulut ini
sangat suka bercakap
tapi sebab tak dapat nak bercakap
hasil nya, menulis lah di blog ni...

cerita subuh tadi...
subuh tadi subuh biasa
tiada yang luar biasa
cuma hari saja berbeza

tapi subuh tadi
ain bangun awal dari biasa
alarm clock dari handphone pun
ada lagi 15 minit nak berbunyi
selalu bangun awal
tidur balik
tapi tadi bangun awal
terus terduduk atas katil

tiba-tiba terasa
nak rasa angin pagi
angin sebelum masuk subuh
jadi tingkap pun di buka

tak lama lepas tu
dengar pula bunyi burung
aman sungguh rasa hati
macam bunyi jam loceng
bila tengok jam
owh, dah masuk subuh

kalau dulu dekat malaysia
jam loceng malaysia ayam jantan
awal subuh pasti dengar
bersahut-sahutan
si ayam jantan berkokok
baru lah dengar beduk di ketuk

lepas tu terfikir
orang zaman dulu
masa jam loceng masih tak wujud
mesti guna ayam dan burung
nak bangun pagi
tapi kalau ain wujud zaman tu
tak tahulah bangun ke tak...
hehehehe ^_~

lepas tu terus solat subuh
lepas tu duduk lagi
saja nak bertafakkur
nak rasa angin pagi
selalu sibuk sangat dengan belajar
hening pagi pun tak pernah
ada hati nak menikmati

tiba-tiba
dengar pula bunyi
ngeeettt...ngeeeettt
dekat telinga
owh...sangat lah annoying
pap...dekat tangan ain tampar
nyamuk ni, ada hati nak gigit
awal-awal pagi macam ni
kacau daun betul
hati pun mula marah
kemudian terus duduk atas kerusi
jalan-jalan dalam bilik
nak kurang kan
kadar kebarangkalian kena gigit

lepas tu bila dah cerah
baru duduk balik atas katil
kemudian fikir lagi
nyamuk tadi gigit
jarang ada nyamuk
dalam bilik baru ain ni
kemudian terfikir
dulu masa di bilik lama
banyak sangat nyamuk
kadang-kadang bangun subuh
sebab kena gigit nyamuk

lepas tu terfikir
nyamuk tadi gigit
masa waktu hampir habis subuh
subuh hari ni 4.40 pagi
tadi kena gigit
dalam pukul 5.30-6.00 pagi
agak-agak tadi macam nak cerah
macam dah nak hampir
"subuh gajah"

senyuman bertambah lebar
dulu masa dekat Mannath
lepas terbangun kena gigit
mesti kelam kabut
menuju ke tandas nak ambil wudhu'
sebab masa tu subuh dah suntuk

dan baru lah hari ni
ain rasa nyamuk sangat berjasa
walaupun menggigit ain
hampir setiap hari
masa dekat Mannath House
tapi nyamuk lah yang tolong
ain dan insan lain
untuk bangun subuh
di kala angin sepoi-sepoi meniup
dan membuat kan selimut di tarik
dan kala itu nyamuk beroperasi

dan perasan tak
nyamuk akan keluar semula
bila waktu maghrib bermula
dan bila dah kena gigit
semua manusia
akan masuk ke rumah
nyamuk ni bila difikir
seperti jam loceng
waktu subuh dan maghrib
yang mana dua waktu ini
adalah waktu yang singkat
untuk kita nak bersolat

dan bermula hari ini
saat ini...detik ini
persepsi ain pada nyamuk
mula berubah...
semua kerana subuh tadi...~


p/s- tapi jangan la ada yang nak bela nyamuk ye
nanti kena denggi dan malaria...takut~!!!

No comments: