DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~
Wednesday, June 9
bicara pada hati
bicara pada hati
bicara pada diri
mahu mengikut naluri
mahu mengikut Ilahi
ada detik hati
ada lantunan menguji
ada bisikan berduri
ada ajakan berulang kali
mahu pilih di sini
mahu pilih duniawi
mahu pilih ukhrawi
mahu pilih Ilahi
ada orang buat amal
kerana mahu kan pintu syurga
ada orang buat amal
kerana takut kan pintu neraka
ada orang buat amal
kerana mahu kan redha yang ESA
****************************************************************
kian umur berganjak
kian tinggi nafsu bergelojak
mahu menjadi tatapan
mahu punya pacaran
lihat sahabat taulan
sudah punya teman haluan
lalu nafsu berbicara pada akal
bicara nakal meruntun akal
iman terbang akal hilang
hilang terbang nafsu menang
hanyut lemas hidup terumbang
bagai kapal dipukul gelombang
moden kah aku
dalam pakaian tiada baju?
moden kah aku
dalam bicara tiada malu?
mahu lari dari realiti
sesat dalam mimpi fantasi
tidak sedar diri meronta
tidak sedar jiwa menderita
ada sebab hukumnya alam
ada sebab perundangan kalam
yang tertulis bukan beban
yang tertulis sebagai panduan
pernah yang dijadikan Tuhan
ada kekurangan ada batasan?
kerana Dia Maha Menciptakan
pasti tahu kekurangan penciptaan
seperti pereka sebuah jentera
tahu kekurangan dan had upaya
tahu yang terbaik pada rekaan nya
tahu minyak bukan air galang ganti nya
kenapa aku masih begini
mahu melawan kalam Ilahi
kalam sebagai manual hati
salah kawal musnah lah diri
bicara pada sekeping hati
bicara mahu mengubah diri
moga Tuhan bukakan jalan
untuk aku kembali berpedoman
~bicara hati...>run^nia in wonderland<~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment