gambar fawwaz, abah dan mak aku
orang kata tak kenal maka tak cinta.satu frasa yang sangat aku suka guna bila aku nak mula berkawan dgn orang.aku tak suka menghukum seseorang sebelum mengenali orang itu sendiri.bak kata cikgu english aku masa sek ren, 'don't judge the book by its cover'.dan ternyata manusia hari ini suka menghukum orang dari segi luaran tanpa menyelidik latar belakang seseorang.
aku anak ke-4 dari 4 orang adik beradik. punya dua orang abg yang sangat bersifat pelindung dan seorang kakak yang sangat penyayang.aku di besar kan secara 'lone ranger'.masa aku berumur se tahun, abg aku yang sulung yang aku panggil ayop masuk ke sekolah asrama.aku tak punya banyak masa bersama abg aku yang sulung.dan bila berjumpa, pasti aku dimanjakan.bila umur aku meningkat 3 tahun, kakak aku pula ke sekolah asrama.sebagai kakak,kakak aku selalu mahukan aku sebagai adik perempuan mendapat kan yang terbaik dalam hidup aku.masa kecil aku banyak bersama abg aku yang ke-2 ,epa.abang yang sangat penyabar dgn aku, tapi kadang-kadang naik juga angin abg aku yang seorang ini. =p
epa banyak mengajar aku utk hidup secara berdikari.aku ingat lagi,saat aku dibuli oleh seorang abg senior masa aku darjah satu, aku mengadu pada epa.epa bgtahu aku, aku perlu mengatasi masalah itu sendiri.bukan abg aku takut nak lawan utk pihak aku, cuma abg aku tak mahu manja kan aku yang sememang nya agak manja di rumah.tapi aku tahu, epa sangat ambil berat tentang aku.
aku sangat kebudak-budakan, dan sampai ke hari ini, perangai aku masih tak berubah.aku hidup dalam dunia aku sendiri.aku tak tahu, mungkin ada manusia-manusia yang akan salah anggap dengan aku anggap aku perempuan gedik.aku dah biasa di manjakan oleh dua orang abg, dan mungkin sebab itu, mana-mana kawan lelaki yang selalu bagi aku nasihat, rapat dgn aku akan aku anggap seperti abg besar aku.dan tak lebih daripada itu.maaf andai selama ini ada yang salah anggap.bagi aku, abang besar akan selama-lama nya menjadi abang besar, seperti aku dengan epa dan ayop.
masa aku kecil-kecil, abah aku kerja di KEMENTAH (kementerian pertahanan),KL, dari aku tadika sampai aku darjah 5.abg aku epa dan ayop yang selalu ambil aku dari sekolah selain mak aku.abah aku selalu akan balik ke perak jumaat petang dan balik semula ke KL ahad malam.selalu, segala kesalahan aku, perangai buruk aku, epa dan ayop yang akan menegur aku.aku ingat lagi, masa epa ke sekolah asrama, aku duduk seorang di rumah. tiap hujung minggu, mesti aku tak sabar nak melawat epa di sekolah dengan mak dan abah aku.
sebab aku anak bongsu, aku sangat rapat dengan mak dan abah.aku tak tahu, tapi aku dapat rasa kan, di rumah, walaupun umur aku dah menganjak ke angka 21, tapi di sudut mata keluarga, aku masih lagi adik/anak kecil dalam keluarga aku.mungkin kerana jarak umur aku dan abang-abang dan kakak aku membuat kan aku masih adik kecil di mata mereka.
gambar abg aku yang sulung, ayopdan memang telah di ketahui umum oleh kawan-kawan rapat aku, aku memang tak kan keluar berjalan-jalan tanpa izin mak dan abah.mak abah sangat menjaga pergaulan aku.aku tak pernah kisah sampai aku ke MMMC, mendengar cerita kawan-kawan, berkongsi sehingga ada yang menggelar aku anak manja, tak berdikari dan sebagai nya.
aku selalu terfikir, andai hari ini aku keluar ke Goa tanpa pengetahuan mak dan abah aku, tanpa izin mereka, dan andai hari ini semasa dalam perjalanan ke Goa Allah ambil nyawa aku,bukan kah keadaan aku masa itu sebagai anak derhaka?aku masih di bawah tanggungan abah dan mak.aku ke Goa bersuka ria, sedang kan abah dan mak di rumah fikir aku di india sedang belajar.kadang-kadang kita suka mengambil ringan sesuatu perkara, tanpa ambil tahu natijah nya andai perkara buruk melanda.
aku memang suka senyum, bergelak ketawa, tapi jauh di sudut hati aku masih ada perasaan dan hati.masih ada perasaan terasa dan bermacam-macam lagi.mungkin ada rakan-rakan yang tak kenal aku menghukum aku bermacam-macam.tapi bagi aku, lebih baik aku tunjuk kan sifat sebenar aku dari aku berpura-pura di depan kawan-kawan. bukan kah sepatut nya kita perlu jujur dengan rakan-rakan akan siapa kita?kerana rakan-rakan bagi aku adalah cermin kepada diri aku.andai cermin aku retak, maka retak lah diri aku.
post hari ini hanya sebagai luahan perasaan dan hati.tak ada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia.hanya satu cerita utk di kongsi kan.
aku yakin akan diri aku, adik kecil ini pasti akan matang suatu hari nanti. =) tak pernah aku salah kan keluarga aku yang selalu menganggap aku adik kecil di rumah, bagi aku itu hanya lah cara mereka utk menunjukkan betapa mereka mengambil berat tentang diri aku.sepatut nya aku perlu bersyukur di kurnia kan keluarga penyayang yang sangat ambil berat akan diri aku. abah, mak, ayop, kak nazue dan epa, terima kasih kerana kalian sentiasa mengambil berat akan diri adik kecil ini
No comments:
Post a Comment