DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Thursday, December 25

ceritera cinta aku buat abah

malam ni aku dapat panggilan dari abah.selasa lepas, aku telefon mak dan abah, beritahu aku exam practical physio.masa tu mak dan abah di IJN utk check up abah.beberapa minggu sebelum university exam aku yg lepas, abah aku kena heart atttack.Allah saja yang tahu betapa aku lemah masa tu.

malam ni, terkenang aku, perbualan aku yang hampir aku lupa 3 tahun lalu.masa tu aku di matrik gopeng, perak.aku berkeras masa tu utk ke KTT.masa tu aku dapat dua tawaran.sama ada aku mahu buat asasi perundangan di UiTM atau ke KTT utk persediaan aku sebelum ke India utk bidang perubatan.

aku teringat,abah masa tu sangat menentang.dan aku ingat kata-kata abah masa tu, abah lagi prefer aku di malaysia sahaja.abah sangat rapat dgn aku.teringat jelas kata-kata abah, menceritakan hal perihal mak cik aku, cik nah dan arwah atok aku.abah meluah kan rasa tak senang aku ke India, kerana katanya usia yang semakin lanjut, takut aku tak sempat balik ke malaysia utk kali terakhir andai terjadi apa-apa pada abah. sebab abah aku takut apa yang terjadi pada cik nah aku jadi pada aku.na'uzubillah.tapi sesungguh nya, Allah yang menentukan segala nya.aku ingat lagi, beberapa hari sebelum keluar dari matrik, aku mak dan abah sama-sama buat solat sunat hajat dan istikharah.minta petunjuk dari Allah, dan alhamdulillah Allah beri kan aku mak dan abah petunjuk.dan akhir nya aku ke KTT

abah, aku sayang abah.tak pernah terlintas dalam hati aku nak tinggalkan abah dan mak.memang aku teringin jadi macam abah.aku ingat lagi, masa aku dekat TKC, masa aku outing hari ahad.masa tu, aku keluar dengan abah.abah tanya aku tentang cita-cita aku.aku cakap, aku nak ke Ireland (perubatan), nak jadi macam abah, ke negara barat utk segulung ijazah.abah aku lulusan University of London (master).aku anak last dalam family, abah selalu cakap, abah banyak taruh harapan pada aku.dan sebab itu, cita-cita aku banyak di pengaruhi bayangan abah.bagi aku, abah aku role model aku yang terdekat.

masa aku trial spm, aku dapat straight A's.tapi dalam spm sebenar, aku ada satu B utk subjek EST aku.kecewa aku masa tu.kemudian aku di tawar kan ke India.ketetapan Allah, aku sekarang di India.tak tahu aku nak luah kan bagaimana.yang nyata sekarang, satu-satu perbualan aku dan abah aku ingat kembali malam ni.perbualan antara seorang ayah dan seorang anak perempuan.perbualan antara seorang pendidik dan seorang pelajar.perbualan antara seorang jurulatih dan pelatih.perbualan yang tak kan aku lupa sampai bila-bila

masa aku dekat matrik, abah lebih selesa aku keluar dari matrik dan melanjut kan pengajian dalam bidang perundangan.abah cakap, aku boleh belajar dengan abah.aku boleh jadi macam abah.aku boleh sambung cita-cita abah.sebelum abah aku bersara, 4 tahun terakhir service di tentera, abah aku ambil PJJ dalam bidang perundangan,sebab abah aku dah punya 'sea law', jadi abah aku saja ambil 'civil law'.abah aku banyak cita-cita.mungkin masa tu abah aku harap, aku dapat sambung cita-cita abah aku.dan aku tak tahu kenapa, hati aku nekad masa tu nak sambung pengajian dalam bidang perubatan.pujukan abah sikit tak menggugat aku masa tu.mak aku selalu kata, aku sangat degil,sama macam abah.

aku tahu, abah sangat sayang kan aku.masa aku kena operate appendicitis, tiap-tiap hari abah datang lawat aku sebelum dan selepas kerja.kadang-kadang abah call nurse yang jaga aku.masa tu aku duduk dalam ward 1st class, aku dengar dengan sangat jelas, nurse tu tengah berbual dengan abah sebab bilik aku betul-betul sebelah kaunter.aku ingat lagi, kakak nurse bagitahu aku, abah aku tiap-tiap hari call aku, sebab ada satu hari, aku sedih sebab abah lambat lawat aku atas urusan kerja.dan aku tahu, aku permata hati abah.abah, aku ingat lagi, macam mana abah sedih masa aku putus cinta.aku selalu buat abah sedih.aku selalu buat abah risau.abah, jangan risau, aku okey abah.

hari ini abah aku sakit.aku tak ada di sisi abah.aku sedikit terkilan.Tuhan, beri kan aku kekuatan. aku pohon, berikan aku kekuatan.jangan lemah kan aku.1st attempt aku dalam university exam, aku gagal.mungkin aku tak bersedia terima hakikat abah aku sakit.

sebelum aku ke India, arwah embah pergi meninggalkan aku sejam sebelum aku dapat keputusan A-level aku.tak sempat aku nak beritahu arwah embah aku berjaya.aku terkilan.tapi aku tahu, semua tu qada' dan qadar Allah.hari yang patut aku gembira, aku berduka.Allah menguji aku.hari arwah embah pergi, aku tak menangis setitik air mata,aku sangat kaget.yang pasti aku redha.

aku sangat cinta kan mak dan abah sepenuh hati.Ya Allah, terima kasih, Engkau beri kan aku peluang, menerima kasih sayang mak dan abah yang tak berbelah bagi.kurnia kan aku keluarga yang sempurna.tak tahu kenapa, air mata malam ni asyik bergenang.

abah telefon aku.abah cakap abah okey.aku tahu, abah tak pernah okey.masa cuti hari tu, aku sendiri nampak abah sangat penat.mengagah anak saudara aku liz dan fawwaz pun abah dah tercungap.bawa kereta pun, abah kadang-kala berubah wajah.aku tahu abah, abah hanya nak senang kan hati aku.aku tahu abah, abah tak mahu aku sedih di India.aku tahu abah, abah merahsia kan sesuatu dari aku.dan satu yang aku tahu abah, kasih sayang aku pada abah jitu.

Ya Allah, aku tahu segala yang terjadi adalah ketentuan Mu.aku sedar Ya Allah,setiap yang terjadi pasti ada hikmah.Tuhan, sentiasa tenang kan hati aku.sentiasa teguh kan hati aku dan jangan bari walau sesaat hati ini berbolak-balik.redha kan aku dalam ketentuan Mu.Tuhan, peliharalah ibu dan abah aku.sihat kan abah aku,beri kan waktu utk aku membalas jasa-jasa abah dan mak aku.beri kan aku waktu, agar aku menghargai mereka.beri kan aku lebih masa, agar aku sempat melakukan sesuatu utk mereka.

Ya Allah, walau abah sakit, aku masih bersyukur.walau abah sihat, aku akan tetap dan masih bersyukur.mungkin, sakit abah membuat kan aku sedar, betapa penting mak dan abah dalam hidup aku.buat kan aku sedar betapa besar rahmat dan kasih sayang Mu kepada aku.memberi kan aku 'sign' utk aku terus berbakti pada mereka.dan menyedar kan aku, betapa dunia ini sesungguh nya tiada yang lain yang dapat aku bergantung melain kan dengan Mu.


Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku berbicara menyalakan api
Tika kau disampingku tuturmu ku anggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak kuendahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali mengubah yang terjadi
Pasti takkan kuulangi walau hanya sekali
Namun hanya doa yang bisa kukirimkan

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku


Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerna kita kan akhirnya sendiri

4 comments:

Anonymous said...

hoi, be strong!

pai_ilham al-adwa' said...

moga tabah hati tak berbelah bagi!
noen,smlm tu mase kte kol kte dh agak nape..tc kay...anything u need,do inform me..nk bercerita ke..sorry,last nite n dis morning kte sgt tak sihat..

Anonymous said...

noen... kuatkan hati... semue ni ujian Allah untuk menguji keimanan hambe2 nye... sabar ye!

Anonymous said...

noeeenn,huhuhhuhhhuu.aku seryees nk nangis wei,noen, sngka ko pangil emnbah,sbb arwah embah aku pun aku pnggil embah.papepn, aku dooakn ayh ko.ko bertabah!