DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Monday, December 15

akan kah anyaman umpat jadi ketupat?

pat pat siku lipat
siapa mengumpat dia sama buat

tajuk aku sangat ringkas dan tak terlalu berat.rata-rata, kalau aku sebut kan perkataan 'umpat' ni pasti akan merasa bosan.tapi dalam sibuk seharian belajar, aktiviti mengumpat tak pernah lekang, malah kadang-kala mengumpat ini seperti suatu kebiasaan.termasuk juga lah diri aku.selalu diri ini memujuk diri sendiri utk tinggalkan aktiviti umpat-mengumpat, dan setiap kali itu juga, andai ada berita sensasi dan hangat, umpat mula terjebak.

kadang-kadang aku terfikir, apa faedah nya mengumpat orang lain?kadang kala, umpat bukan sahaja pada lingkungan orang yang tak dikenali, malahan ada juga yang mengumpat rakan baik sendiri.mengumpat.definisi mengumpat?kalau ikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-3, umpat membawa erti kata-kata yang membawa maksud utk menodai nama orang, fitnah; kata-kata keji kerana marah terhadap yang bersalah; perasaan kesal, marah, jengkel.

umpat yang lebih di kenali sebagai ghibah.merupakan satu perbuatan yang di haram kan syara'.dan maksud ghibah itu adalah sebutan tentang seseorang insan apa yang dibenci nya sama ada tentang anggota badan nya, atau agama nya atau dunia nya atau diri nya atau sikap nya atau harta nya atau rupa nya atau anak nya atau ayah nya atau isteri nya atau khadam nya atau sesuatu kepunyaan nya atau serban nya atau baju nya atau jalan nya atau gerak-geri nya atau masam wajah nya atau apa-apa yang selain ini semua yang berkaitan dengan nya, samada engkau sebut kan dengan lafaz mahupun dalam bentuk penulisan, ataupun engkau isyarat kan dengan gaya atau dengan mata engkau atau dengan tangan atau kepala atau apa-apa yang seumpama denganya.

aku hairan pada si pengumpat, kadang kala aku fikir kan, diri yang diumpat kadang kala tak pernah di kenali nya, dan kerana diri si umpat tak sehaluan, maka nya di umpat.tak ada angin, batu, hujan, tiba-tiba sahaja di umpat tanpa sempat mengenali tuan empunya badan.yang mengumpat atau yang di umpat, kedua-dua nya langsung tak dapat sebarang faedah hasil daripada umpatan tersebut. mungkin memberi faedah kepada yang di umpat, kerana diri nya di kurnia kan pahala, dan rugi lah pada si pengumpat, diri nya yang mendapat dosa.

bagi aku sendiri, adalah lebih baik buat diri si pengumpat menegur atau mendidik diri yang hendak di umpat daripada memburuk-burukkan yang hendak di umpat.bukan sahaja satu usaha yang mulia, malahan dapat mengerat kan ukhwah sesama manusia.bukan sahaja di sayangi malah akan lebih di hormati dan hidup menjadi lebih harmoni.

si pengumpat bukan sahaja mengumpat, malahan tergolong dalam golongan mem fitnah andai perkara yang di umpat itu tidak benar belaka, maka umpatan nya telah menjadi satu fitnah dunia.na'uzubillah.betapa benar kata nenek moyang kita,'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan di akhirat binasa'.bukan sekadar itu sahaja, si pengumpat juga telah memberi kan sumbangan besar pada yang di umpat, bila mana sahabat-sahabat atau kenalan lain turut punya pandangan atau fikiran negatif pada yang di umpat.

kadang-kala perkara ini terjadi di sekeliling kita tanpa kita sedar.belum lagi sempat mula menjadi sahabat, dek kerana terdengar umpatan rakan-rakan yang kurang senang dengan tingkah laku yang di umpat yang di anggap tak sehaluan, diri yang di umpat mula di jauh kan, mula di beri kan satu pandangan negatif.belum sempat berta'aruf dan berkenalan lebih rapat, berita dari sang pengumpat menutup terus pintu ukhwah buat yang di umpat.hanya kerana ketidak sehaluan.

manusia terdiri daripada latar belakang berbeza.ada yang dari keluarga kaya ada dari keluarga sederhana dan ada yang kurang upaya.ada juga yang didik kurang sempurna dan ada yang terlebih sempurna.maka, mengapa tak di bantu dan hidup saling melengkapi daripada menjaja cerita yang sia-sia?kadang-kala diri yang di umpat tak pernah sedar akan kekhilafan diri sendiri.
yakin benar kah diri yang mengumpat, diri nya tak sama buat?yakin benar kah diri yang mengumpat, diri yang lebih baik dari yang di umpat?

post aku hari ini hanya sekadar renungan di pagi hari.renungan utk diri sendiri juga pada yang sudi mendengar celoteh diri.tak punya maksud hendak memperli jauh sekali menyakiti diri.


di sini aku sertakan 4 perkara yang mengumpat yang di boleh kan dalam islam. harap mana-mana sahabat yang terbaca, sila perbetulkan andai terdapat kesilapan.
  • Pertama: Dalam mengajukan pengaduan penganiayaan, maka bolehlah seseorang yang merasa dirinya dianiaya apabila mengajukan pengaduan penganiayaan itu kepada sultan, hakim ataupun lain-lainnya dari golongan orang yang mempunyai jabatan atau kekuasaan untuk menolong orang yang dianiaya itu dari orang yang menganiayanya
  • Kedua: Dalam meminta pertolongan untuk menghilangkan sesuatu kemungkaran dan mengembalikan orang yang melakukan kemaksiatan kepada jalan yang benar. Orang itu bolehlah mengucapkan kepada orang yang ia harapkan dapat menggunakan kekuasaannya untuk menghilangkan kemungkaran tadi
  • Ketiga: Dalam meminta fatwa - yakni penerangan keagamaan
  • Keempat: Dalam hal menakut-nakuti kaum Muslimin dari sesuatu keburukan serta menasihati mereka - jangan terjerumus dalam kesesatan kerananya. Yang sedemikian dapat diambil dari beberapa sudut, di antaranya ialah memburukkan kepada para perawi Hadis yang memang buruk ataupun para saksi - dalam sesuatu perkara. Hal ini boleh dilakukan dengan berdasarkan ijma’nya seluruh kaum Muslimin, tetapi bahkan wajib kerana adanya kepentingan. Di antaranya lagi ialah di waktu bermusyawarat untuk mengambil seseorang sebagai menantu, atau hendak berserikat dagang dengannya, atau akan menitipkan sesuatu padanya ataupun hendak bermuamalat dalam perdagangan dan Iain-Iain sebagainya, ataupun hendak mengambil seseorang sebagai tetangga. Orang yang dimintai musyawarahnya itu wajib tidak menyembunyikan hal keadaan orang yang ditanyakan oleh orang yang meminta pertimbangan tadi, tetapi bolehlah ia menyebutkan beberapa cela yang benar-benar ada dalam dirinya orang yang ditanyakan itu dengan tujuan dan niat menasihati. Di antaranya lagi ialah apabila seseorang melihat seorang ahli agama-pandai dalam selok-belok keagamaan -yang mundar-mandir ke tempat orang yang ahli kebid’ahan atau orang fasik yang mengambil ilmu pengetahuan dari orang ahli agama tadi dan dikhuatirkan kalau-kalau orang ahli agama itu terkena bencana dengan pergaulannya bersama kedua macam orang tersebut di atas. Maka orang yang melihatnya itu bolehlah menasihatinya - yakni orang ahli agama itu - tentang hal-ehwal dari orang yang dihubungi itu, dengan syarat benar-benar berniat untuk menasihati.
akhir kalam, bersama-samalah kita mengubah diri dan menjadi yang lebih baik dari hari semalam.renungan buat diri sendiri juga buat saudara se islam

3 comments:

pai_ilham al-adwa' said...

Tambahan dalam ghibah yang dibenarkan

-memperkenalkan seseorang dengan menyatakan ciri2 yang tidak sampai memberitahu ciri yang boleh mengaibkan insan tersebut..

cth if ada 2 org nama Ain n org mencari salah seorang daripadanya..jadi dibolehkan ghibah iaitu menceritakan perihal ciri Ain yang dimaksudkan untuk tujuan mengetahui org yang sepatutnya..

sekian melaporkan..
=)
naufa-pai,manipal,karnataka,india..

pai_ilham al-adwa' said...

ha!...ni ada satu lagi tambahan..

-dibenarkan ghibah dalam bantahan terhadap kemungkaran..namun dibolehkan oleh org2 tertentu sahaja seperti org alim yang mengetahui dengan jelas apa bentuk bantahan dan membeantah dengan dali2 yang jelas dan muktabar..dan dinasihati agar ghibah terhadap bantahan kemungkaran itu dibuat dlm komuniti yang terlibat sahaja..kerana dkhuatiri andai disebarluaskan bantahan,turut sama memperluaskan kemungkaran...sbbnya,pasti dalam bantahn tersebut akan turut disebut kemungkaran yang dibantah..

huraian selebihnya nnti tgk kt blog kte 18/12/08 ek..

sekian melaporkan,
naufa-pai,manipal,karnatakan,india..

(skema plak rase)

run^nia in wonderland said...

baik naufa.ain tunggu huraian naufa nnt.makasih ya mbakyu.mari menuju kejayaan utk exam blok kali ini.aim distinction, insyaAllah