semalam, aku berborak dgn cik langau.sambil berborak, aku muhasabah diri aku sendiri.banyak kekurangan yang ada pada diri aku.dan kerana sedar akan kesilapan aku, aku jadi kaget sendiri.tak tahu langkah apa yang perlu di ambil seterus nya. mahu berdiam diri atau membiar kan sahaja.betapa Ya Allah, aku memerlukan petunjuk dan hidayah daripada Mu.
betapa manusia itu seringkali alpa. dan sering kali apabila dia sedar, namun atas ke ego an yang tercetus dalam diri menyebab kan diri menjadi lebih jahil. betapa manusia itu sering kali perlu di tegur dan di sapa, agar kejahilan dan ke alpa an nya tak kan terus-terusan berlarutan
dalam kealpaan, manusia hanyut dalam bisikan syaitan yang halus. dalam ketidak sedaran, lantas dosa di lakukan. iman setipis kulit bawang yang di siat, begitu lah keadaan iman aku. seperti di atas jongkat jongket layak nya, kadang- kala di atas dan kadang- kala di bawah.
terima kasih Allah, Engkau mengurnia kan aku sahabat-sahabat yang sering kali menyapa aku di atas perbuatan aku yang sering kali melampaui batas.terima kasih Ya Allah, Engkau lantas menganugerah kan aku sahabat-sahabat yang tak putus-putus memberikan dorongan dan semangat.mengurnia kan aku kakak-kakak naqibah yang setiap minggu berbuih-buih mulut nya mengingat kan aku tentang kebesaran diri Mu.
terdetik hati aku, apa yang bakal terjadi pada diri ku andai satu hari nanti Engkau melepas kan tangan ku, membiar kan aku terkapai-kapai dalam lautan manusia yang sering membuat kan aku hanyut dan lemas dalam bayangan fantasi syurga dunia. akan kah ada lagi peluang untuk aku menghayati atas segala nikmat Mu Ya Allah.nau'zubillah hu min zalik. hindar kan aku daripada terjadi nya kejadian seperti itu. tak tergambar aku akan keadaan diri ku.
Ya Allah, bantulah aku agar aku akan sentiasa di dampingi hamba-hamba Mu yang sering patuh dan tunduk atas suruhan dan meninggalkan larangan Mu. hamba-hamba yang sering takut akan apabila kedengaran balasan neraka dan syurga Mu di akhirat kelak.yang hati nya sering kali terikat pada Mu.dan jadi kan lah hamba-hamba Mu itu adalah sahabat-sahabat ku =)
sebagai renungan sebelum pena yang menari di henti kan;
"suci kan lah 4 hal dengan 4 perkara:
- wajah mu dengan linangan air mata keinsafan
- lidah mu agar berbasahan dengan zikir kepada Yang Maha Mencipta kan
- hati mu agar takut dan gementar mengenang kan kehebatan Rabb mu
- dosa-dosa yang silam agar di sulami dengan taubat kepada Dzat Yang Memiliki mu"
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
"Our Lord! Let not our hearts deviate (from the truth) after You have guided us, and grant us mercy from You. Truly, You are the Bestower"
No comments:
Post a Comment