DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Saturday, December 27

muhasabah tahun baru

dalam sedar tak sedar, tak lama lagi kita akan masuk ke tahun 1430H.ahad ni, masuk sahaja waktu maghrib, maka dengan rasmi nya masuk lah kita ke tahun 1430H.kalau ikut kan umur aku dalam tahun islam,aku dah nak masuk ke umur 23 tahun.aku lahir tanggal 15 rejab, 1407H.

jadi,dalam aku sedar tak sedar, banyak sungguh timbangan dosa dan pahala aku.bila aku fikir-fikir,timbalan dosa pahala aku,sama berat kah? ringan di mana-mana kah? ngeri pula aku rasa bila aku fikir-fikir kan balik.

aku ingat lagi, masa di KTT, aku pernah buat azam tahun baru.azam aku yang membuat kan seluruh ahli kelas aku gelak kan aku.azam aku masa tu adalah utk menjadi seorang yang agak pendiam yang mana bagi kawan-kawan aku sangat mustahil utk aku.dan sampai sekarang azam aku tak tercapai lagi.jadi konklusi yang aku boleh buat utk mereka-mereka yang suka ada kan azam baru utk tahun baru, 'wujud kan lah azam yang realistik'

tahun lepas, banyak sungguh perkara yang jadi dekat aku.makin umur aku meningkat, makin banyak cubaan dan dugaan hidup.belum masuk bab-bab amal ibadah aku lagi.kadang-kadang ada masa-masa yang aku mamai-mamai solat subuh, di terima kah solat subuh aku?kadang-kadang aku mengejar masa masa solat zohor, di terima kah solat zuhur aku? kadang-kadang aku terlupa waktu asar dan sedar-sedar asar sudah seperti telur di hujung tanduk, di terima kah solat asar aku? kadang-kadang aku solat maghrib lewat dan hampir-hampir mencecah ke waktu isya', di terima kah solat maghrib aku? kadang-kadang aku sibuk belajar sampai aku melewat-lewat kan solat isya' tanpa sebab dan bersolat dalam keadaan badan aku yang sangat mengantuk utk tidur, di terima kah solat isya' aku?

solat tiang agama.tiang goyah, agama goyah.bila aku muhasabah balik, kenapa kadang-kadang aku banyak berfikir ikut nafsu dari mengikut akal, mungkin jawapan nya sebab tiang aku goyah.tiang aku tak sempurna, lantaran aku tak punya ketegapan utk lakukan sesuatu perkara.

kadang-kadang aku sibuk kejar dunia, sampai kadang-kadang hati aku lupa kepada Allah.kadang kadang lupa kepada Rasul.kadang-kadang lupa kepada mak dan abah.

akan jadi kah aku seorang doktor yang baik kemuadian hari nanti?aku tahu, tugas menjadi doktor sangat berat.aku bukan sahaja hanya merawat pesakit dari segi jasmani.tapi juga dari segi rohani.aku ingat lagi, masa aku di operate appendix aku, ada makcik-makcik yang lebih kurang umur mak aku tak solat.bukan sebab uzur, tapi memang tak pernah solat.insaf aku masa tu. dan teringat aku pada satu peristiwa, masa aku demam panas (aku memang selalu demam panas masa kecil-kecil), aku masuk ke bilik salah seorang doktor, dan aku rasa sejuk hati bila aku nampak ada ayat-ayat al-quran atas meja, dan muka doktor yang rawat aku sangat bersih.tak silap, demam aku kebah cepat lepas tu.

ada orang kata, muhasabah diri adalah perkara sia-sia kerana muhasabah sama seperti memikirkan hal-hal lalu yang mustahil dapat di ulang dan di baiki kembali lagi. tapi bagi aku, muhasabah adalah terapi.terapi utk aku sentiasa ingat akan tahap hidup aku sekarang.berada di tahap bawah kah atau di atas kah atau sama dengan yang lain kah?

moga tahun 1430 kali ni, membawa sinar yang lebih baik buat aku.moga tahun ini, aku akan lakukan lebih amalan-amalan tambahan sebagai pelengkap kepada amalan wajib aku.semoga aku lebih tabah utk tahun baru ini dan moga aku lebih menggunakan akal dari nafsu dan moga Allah permudah kan urusan aku di dunia dan akhirat kelak

No comments: