DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Monday, July 13

chemistry, pn hawa dan...

terjumpa gambar ni masa tengah browse internet.teringat assembly di TKC.tercabut rasa nya lutut-lutut ku masa assembly hari jumaat.ain rindu kan dewan budiman ini ^_^


hari ni tiba-tiba teringat pada seorang guru
sangat tegas, dan bersifat keibuan
pn hawa basiran
cikgu kimia yang sangat ain hormat
"the one and only"
cikgu elektif berbangsa MELAYU
yang mengajar di kelas ain
selain itu, ada juga puan nafisah
cikgu add maths kesayangan ^_^

kenapa hari ni tiba-tiba teringat
pada puan hawa?
ini semua gara-gara tadi
masa di guidance centre
ada program tautan ukhwah
kakak naqibah pasang nasyid
sebuah pertemuan oleh UNIC

zupp...
semua memori form 5 dgn puan hawa
datang menyinggah
apa khabar kah diri mu cikgu?
lama sudah tak ketemu
last berjumpa sebelum ke india
itu pun sebab nak ambil sijil sekolah
yang dah jadi jeruk pekasam di pejabat

masa di TKC dulu
bila dengar saja sek agama
kami gerun
bukan gerun apa
sebab kami ni
selalu sangat di cop
pelajar perempuan seksi
jadi bila berjumpa di mana-mana
dengan pelajar sek agama
rasa bagai langit dan bumi

sesuatu tentang puan hawa
puan hawa sangat macam ibu
puan hawa ada seorang anak lelaki
di KISAS
sama umur dengan ain
selalu cerita tentang anak lelaki nya di kelas
ada juga sahabat-sahabat yang nakal ni
mula berbisik-bisik - "pn hawa promote anak"

jadi sesuatu tentang pn hawa
ada satu hari ni,
kami sakat salah seorang kawan di kelas
dengan "anak puan hawa"
saja berseloroh dgn pn hawa
dan tiba-tiba
pn hawa sebut "see u di ipt"
kami semua cengang...

dan balik ke room
ada seorang sahabat ni
mmg sangat suka dengar nasyid
bila berborak-borak
dan baru lah kami tahu
pn hawa ungkap kan salah satu judul nasyid
dalam album UNIC

betapa masa tu,
ain memang jarang dengar nasyid
masa di TKC
halwa telinga ain bukan pada nasyid
dan di sebab kan puan hawa
baru lah ain kenal kumpulan-kumpulan nasyid yang lain

dan hari ini
bila terdengar saja lagu see u di ipt
pasti wajah puan hawa terbayang di mata
terima kasih cikgu
jasamu di kenang ^_^



cikgu kelas saya (dalam gambar sahaja)
  1. pn hawa basiran - duduk paling kanan (cikgu kimia ain)
  2. ustazah suriyah ghazali - duduk dua dari kanan (guru pen islam juga ibu kami yg paling sporting)
  3. en ahmad bidin - duduk 5 dari kiri (cikgu maths masa ting 3, cikgu add maths yg di minati dgn lawak nya yang sgt cool)
  4. mr tan hock ann- duduk 4 dari kiri (cikgu biology sangat best dan penyabar dgn karenah ribena kami)
  5. mr lau see seng - duduk 3 dari kiri (cikgu modern maths yang paling banyak ain buat dosa sebab selalu tertidur dalam kelas...sori mr lau ^_^)
  6. puan nafisah mohamad - maaf, saya tak dapat detect pn nafisah dalam gambar ni (cikgu add maths yang sangat kelakar dan comel)
  7. puan suzalin zaini sooria - berdiri dua dari belakang, 5 dari kanan ( cikgu sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila)
  8. pn hjh habibah sh hj ahmad - berdiri dua dari belakang, 3 dari kanan ( ustazah men ren yang paling banyak bagi nasihat pada ain menjelang pmr)
  9. mr lim kim ooh - tiada dalam gambar,sudah bersara ( cikgu physics yang sangat berpengalaman dan sangat best plus salah seorang guru disiplin yg paling di geruni)

No comments: