DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Sunday, July 26

kenangan


pagi tadi ada usrah
usrah ni bak kata hida
usrah kedua terakhir,
minggu depan usrah terakhir
dgn kawan-kawan batch 20
sedih pula dengar tadi

tadi tak ada apa-apa talk
cuma ada hafazan
huhu...
mahu tahu sesuatu???

ain datang berlenggang-lenggok
mana tahu hari ni
hida mahu test kami semua
pucat lesi muka ain tadi
bila dengar hida mahu test bacaan

ain mula-mula masih mampu tersenyum
hati menyangka
hida mahu test ayat dari
surah an-nur dan al-baqarah
terlompat bila dengar
ada surah tambahan tadi
surah al-mu'minun
malu Tuhan saja tahu
takkan mahu cakap dekat hida
"maaf, ain tak hafal"

jadi tadi masa mereka makan-makan
di kedai seif palace
ain bertungkus lumus menghafal
ayat dari no 1 hingga 11

mula-mula hampir
mahu berputus asa sahaja
tapi tadi huda bagi semangat
huda cakap
ayat ni ayat hafazan ting. 5

ain senyap...
benar kah ini ayat hafazan ting 5
kenapa macam tak pernah hafal?

kemudian dalam tengah-tengah menghafal
muka ustaz yusuff terbayang di mata
ustaz garang
pendengar terbaik masa menghafaz
walau satu harakat tak cukup
dapat lah jelingan dari ustaz
kalau tak berjaya menghafaz
dalam masa di tetap kan
dapat la hadiah dari ustaz...

hadiah apa ya?
ketuk ketampi sudah pasti
kadang kala godam ada sekali
cukup garang ustaz ni
tapi masa tilawah al-quran
ustaz sangat lawak orang nya
masa tilawah dan terjemah
kalau kami tak tergelak
bukan lah nama nya ustaz yusuff

dan sebab ustaz yusuff
ain dapat jadi wakil sek keb
dalam pertandingan hafazan

masa sek agama rakyat
juz amma perlu hafal
untuk nak dapat A dalam UPKK
bagi subjek hafazan

sayang seribu kali sayang
ayat hafazan tak lekat
duduk di seremban 5 tahun
jarang mengulang kaji
banyak yang ain sudah lupa
dan tadi hida ingat kan
untuk hafal balik
berdosa melupakan
ayat yang dah di hafal
ainterkedu tadi bila dengar...

sesuatu pasal pertandingan tu
ain gagal dalam saringan
kenapa ya?
owh, ain terkejut di sergah ustaz yusuff
mana tak nya, ustaz jadi pengadil masa tu

dekat sek agama rakyat
ain banyak buat masalah
dengan rekod memonteng kelas
rekod bermain air kolah
rekod bising di kelas
tapi ain tak pernah lupa pelajaran
tapi di sek keb
sebab kan ain pengawas
ain jadi baik secara automatik
malu mungkin...sudah berjawatan,
perlu lah menjaga diri
tapi di sek agama...
tiap minggu pasti ada hukuman
dari ustaz yusuff

bila ustaz nampak
ain pakai baju biru dan bertie
ustaz gelak tengok ain
ustaz kata...kamu pengawas sekolah?
yang melucukan
kawan baik ain masa tu
yang sama sek agama dgn ain
wakil hafazan lelaki
dengan bangga nya beritahu ustaz
"ain ni pen ketua pengawas dekat sini ustaz"

dan masa pertandingan
gementar satu badan
nampak ustaz
hahaha...penangan nakal di sek agama
ain gagap masa pertandingan
nak buat macam mana
tak ada rezeki...
tapi wakil lelaki,
berjaya sampai ke peringkat negeri
dan dapat no 2

bila teringat balik
masa zaman sek ren
zaman pemikiran
masih bersih,suci dan murni
menghafal bukan lah perkara susah
sekarang, mahu hafal 11 ayat
dah pucat lesi

tapi alhamdulillah
walau tergagap-gagap
masih mampu membaca

rindu zaman kecil-kecil
zaman kenakalan
zaman tak reti duduk diam
zaman main teng teng
zaman gotong royong
zaman main batu seremban
zaman tak tahu itu ini
dan yang pasti
zaman di mana ain menjadi diri sendiri...

No comments: