DIFFICULT MOMENTS SEEK ALLAH
QUIET MOMENTS WORSHIP ALLAH
EVERY MOMENTS THANK ALLAH
~ believe in your FATE and have FAITH in it ~

Thursday, July 30

minyak wangi atau tukang besi?


"Perumpamaan berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi akan memberi yang wangi, manakala perumpamaan orang yang berkawan dengan tukang besi dia akan mendapat tempias dan percikan api."


hari ini sesuatu terjadi
petang tadi
rasa bersalah bertubi-tubi
ain ni si penjual minyak wangi
atau si tukang besi?

bila ain rasa sedih
selalu teringat kata-kata mak
manusia itu kadang-kadang
penilaian nya terbias
manusia itu bukan sempurna
sebab itu jadi begitu
tapi ambil lah segala yang buruk
sebagai pengajaran
untuk hari yang mendatang

teringat lagi kata-kata mak
dalam 1000 kebaikan
yang pernah kita lakukan
kita cenderung untuk menampakkan
satu keburukan yang ada pada diri kita
kerana manusia itu tak sempurna

jangan lah sedih
dengan satu kesalahan kita
anggap semua itu
untuk membina diri
menjadi yang lebih baik

kita kan manusia
kita kan selalu terlupa
sebab itu kita perlu ada rakan
menegur dan membimbing
jadi kan setiap kesalahan
sebagai kayu ukur masa hadapan

maaf lah sahabat
diri ini tak kurang seperti
si tukang besi
kurang ilmu dalam banyak hal
masih terkontang kanting di bumi Tuhan

sebab itu sahabat
bila ada yang menegur sahabat
rasa bersalah bertubi-tubi
rasa seperti telah memberi
tempias dan percikan api

mungkin terbiasa dengan diri ini
diri sahabat terbawa-bawa sekali
kerana itu sahabat
jadi kan mata-mata yang melihat
sebagai kayu ukur dalam bersahabat

dari raut wajah tadi
jelas ternampak terguris hati
gembira atau terasa hati?
hanya Tuhan sahaja yang mengetahui

satu perkara
untuk di kongsi bersama
sebagai penawar duka lara
"biar lah kita malu di dunia,
jangan kita malu di sana"

harap entry ini
penutup segala cerita
buat hari semalam dan hari ini
moga hati tenang setiap hari
^_^

2 comments:

wani said...

sori :'(

run^nia in wonderland said...

hye...relax...
bukan salah kamu...^_^