Some Says..."Beautiful Lies In The Eyes Of The Beholder"
lately ni,
selalu dengar ada kawan mengeluh
"siapa lah nak kita ni,
tak cantik mana..."
selalu dengar kawan cakap
"kenapa orang suka yang cantik-cantik?"
dan soalan ni,
ain dah lali
dari belajar di seremban...
sampai ke sepang
dan sampai lah merantau ke india ni
masih dengar lagi topik yang sama
kamu bosan kah ain?
tak, ain sikit tak pernah bosan
serius, jujur sejujur nya,
ain tak pernah bosan dengar
orang mengeluh macam ni
dah biasa gamak nya
atau...
mungkin sendiri dah pernah merasa
masa sek men,
pernah lah bagi soalan pelik
dekat seorang kawan ni
ain tanya dia...
"rasa-rasa kan, kenapa dunia ni
Tuhan cipta kan ada yang cantik
dan ada yang biasa?"
kawan ain senyum je masa tu
mungkin dalam hati tergelak
dengar soalan merepek ain...
ingat lagi,
masa tu dah nak tidur
memang lumrah la,
before tidur masa dekat asrama dulu-dulu
suka ada "bedtime" story dengan room mate
kawan ain ni,
dia jawab sambil sengih-sengih
"rasa nya dah cukup dah
dengan muka macam ni
bukan senang nak handle muka
kalau dah cantik sangat...
nanti mula la,
nak pakai baju macam ni macam tu
nak make-up supaya maintain cantik
nak beli kosmetik itu ini
kalau benda-benda tu murah
tak apalah juga,kan?
banyak la 'pelaburan cantik' nanti..."
ain tanya lagi...
"pernah tak teringin nak jadi
cantik macam model ke artis ke?"
kali ni
kawan ain gelak sakan
dalam hati ain...
'dah kena sampuk ke budak ni?'
"noen tengok eh,
lagi kita cantik sebenar nya
lagi banyak ujian
mungkin sebab Allah tahu
yang kita ni tak dapat nak kawal diri
kalau kita jadi cantik
sebab tu Dia cipta kan kita muka biasa
muka pertengahan"
ain masa tu senyap
betul juga
haha...
masa sek men dulu
muka ain penuh jerawat
bukan setakat tu aje
berminyak-minyak
boleh buat minyak masak
kalau di kumpul-kumpul
syukur, alhamdulillah
masalah tu dah selesai
tapi ingat lagi
masa ada masalah 'cik jer' ni
Tuhan je la yang tahu
betapa stress nya ain
masa tu
dan masa tu ain fikir
mungkin ain dah jadi model
kalau muka cantik
paling kurang lah...=p
kawan ain cakap lagi
"cantik tu subjektif noen...
kenapa, awak risau ke,
awak takut awak tak ada pasangan ke?"
dia sambung lagi...
"mana noen nak...
dia suka noen sebab muka cantik
dan bila dah tua kerepot dia dah mula tak suka
dan cari orang lain,
atau dia suka noen
sebab noen ada sesuatu yang cantik
yang dia seorang sahaja nampak
dan bila dah tua nanti
dia masih suka ain?"
"muka cantik itu memang anugerah
bak kata orang, aset istimewa...
tapi dalam sedar dan tak,
muka cantik ni pun
satu ujian dari Allah buat kita"
ain senyap kali ni
dah tak tahu nak respon apa dah
mengaku kalah kah?
sampai sekarang ain pelik
selalu kalau berborak
pasti ain bangkang itu ini
ye la...
kawan ain ni debater
suka tanya isu semasa
sebab budak debater sek ain
pasal isu-isu semasa ni
memang sangat top
kawan ain cakap lagi
"sekurang kurang nya
Tuhan dah cipta kan
terbaik utk wajah noen
mesti ada sebab musabab kenapa
di cipta kan muka seseorang tu
macam tu macam ni...
bukan saja-saja atau kebetulan
di cipta kan seseorang tu begitu begini
bersyukur,redha
pasti hati tenang
pasal bab jodoh tu kan
kan ustazah dah cakap
ia dah di tetap kan sejak azali
kenapa nak di gaduh kan?"
ain tergelak masa tu
ain cuma tanya pasal cantik
kawan cerita pasal jodoh
pandai benar membuat andaian
dan kami tertidur
membawa masalah itu ke dalam mimpi...
teringat zaman sek men
banyak betul masalah 'negara' kami risau kan
mungkin berada dalam kepompong itu
buat kami tertanya-tanya dan ingin tahu...
apakah itu dunia sebenar
yang kami tinggalkan
5 tahun di asrama...
ini sebuah kisah benar...
ayat dalam cerita ni
dah di ubah sikit
biar benar,
tak kan conversation 5 tahun sudah
setiap struktur ayat
ain ingat
ada sikit tokok tambah
tapi isi nya masih sama ^_^
~diary diri run^nia in wonderland~
3 comments:
heeeeeee...suke sangat entry ini!!!
noin noin...noin borak2 dengan sape nih????
jeje ke??
macam bukan...
sape noin???
be'ton??
eh eh....macam bukan jugak...
bagitau ah sape...
bagus ah jawapan2 die tuh..
two thumbs up!!
hehe..kema ni.sah2 bukan betone kan.betone rase betone taw sape..apekah mek hus?huu..cr nye gelak beria tu mcm iya kot.huu. ;)
ye saye...
tepat jangkaan anda biyat...
ye kema...manusia itu adalah mek hus ye...merangkap roommate mase form 5 dekat ER...
wah2...daku rindu kan kehidupan di TKC...
bila la nak balik kolej ni...haih~
Post a Comment